in

Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran SimplySiti Gold Edition

Pada 30 Ogos 2010 lalu, Dato’ Siti Nurhaliza telah melancarkan produk SimplySiti – Edisi Emas di Ballroom, Hotel JW Marriot pada jam 6 petang. Serentak dengan itu juga, majlis berbuka puasa SimplySiti itu juga meraikan ulangtahun perkahwinan ke-4 buat penyanyi terkenal itu bersama dengan suaminya, Datuk Khalid.

Koleksi terhad yang diinspirasikan dari permintaan pengguna untuk mendapatkan produk yang boleh memberikan sentuhan glamor didatangi juga dengan tandatangan eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza. Ianya dihasilkan dengan bekas yang inovatif berwarna emas, koleksi ini hadir bersama empat produk yang praktikal dengan warna yang menarik.

Hadirin turut ditayangkan dua buah iklan TV yang terbaru yang dibintangi oleh Presiden SimplySiti Sdn Bhd ini sendiri. Ianya dinamakan Gold Edition dan Simply White yang Budiey sudah pun ditayangkan di kaca TV. Menurut Siti, kedua-dua iklan tersebut hanya mengambil masa sehari suntuk untuk disiapkan. Sesuatu yang mustahil tapi Siti Nurhaliza berjaya melakukannya secepat yang termampu.

Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza atas kejayaan ini.

Sepanjang bulan puasa, Dato’ Siti Nurhaliza juga ada buat lawatan khas ke Watson’s, Jusco dan Sogo terpilih untuk bertemu dengan peminat dan pengguna setia SimplySiti.

Selain adanya hamper raya SimplySiti, peminat juga boleh menyertai Peraduan Berhari Raya bersama Dato’ Siti Nurhaliza yang diadakan sepanjang Ramadan ini.

Ini dia gambar-gambar yang sempat Budiey ambil semasa pelancaran SimplySiti Gold Edition.

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. owkeyla ct…muka ct mmg cute pakai pakaian 2….bg org yg tak ske tengok kbahagian org 2…pgi mampus la!!!!!

  2. ikshh.. makin tembamnya siti. ketat jek jadinya kat lengan baju tu. rasanya kalau dah tembam sikit tu, elok la baju dibuat longgar sikit.. takler nampak susuk badan yg gemuk. ops.. sorry.

  3. aik lain mcm je fashion dct nie… kate pakai tudung, tp nampak rambut n aurat.. baik pakai tudung saji je..

  4. rasanya tak payah lah pakai tundung dct…kalau mcm nie cara pakai tudung elok lah tak payah pakai langsung…org pun tak mengata …..dct jujur pada diri sendiri…ya. maaf nie hanya satu teguran ….

  5. “Siti tak bertudunglah…Siti hanya berselendang!”
    …kata2 DCT sewaktu orang ramai mempersoalkan cara pemakaian tudung satu ketika dahulu….
    so inilah hasilnya….huhu..
    🙂

  6. bukan tak suka tgk kebahagian org..tp dah terang2 dlm agama islam yg Allah suruh perempuan menutup aurat so kitorg hanya sedih tgk siti buat perkara menutup aurat mcm ni. Plg kurang pun siti should be true to herself..no need to be a hypocrite..that’s all..and paling utama jgn sesekali buat main2 perintah Allah.

  7. bagaimana saya nak jadi pengedar barangan dato? saya ingin jalankan facial dirumah menggunakan produk dato?

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Heliza Helmi Bakal Hasilkan Buku Travelog

Lirik Ku Berjanji Karna Cinta Single Terbaru Anuar Zain