in

Happy 1st Anniversary to Blog Sensasi Selebriti

Hari ini genap setahun Blog Sensasi Selebriti bersiaran di alam siber. Selamat menyambut ulangtahun pertama Sensasi Selebriti!

Budiey sebagai penulis, wartawan, editor, jurugambar ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca setia di mana jua anda berada kerana sudi menjadikan blog ini tatapan anda saban hari. Terima kasih juga kepada pereka bentuk blog ini iaitu Azmi dan Isma Yusoof yang sudi memberikan sumbangan dengan mereka banner dan logo baru Sensasi Selebriti.

Setahun yang lalu, blog budiey.com dilancarkan pada 7 Januari dan sedar tak sedar ianya sudah mengumpulkan 800 entri untuk tahun pertama. Bermula dengan hits 200 pelawat sehari ini, kini Sensasi Selebriti telah dilawati oleh 5 ribu hingga 8 ribu sehari. Mengumpulkan 1,443 pembaca melalui feeds email setiap hari.

Dalam tempoh singkat itu juga, Budiey sempat mengadakan perjumpaan bersama pembaca sebanyak 6 kali dan kesemua gathering diadakan sambil menonton filem Melayu yang turut menaja goodie bags untuk semua yang hadir. Terima kasih kepada semua yang sudi menyokong Sensasi Selebriti dan semoga sokongan anda akan berterusan sampai bila-bila. Terima kasih kepada pembaca yang sudi melontarkan komentar di sini. Segala kritikan membina akan Budiey ambil untuk kebaikan bersama.

Budiey juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penaja yang sudi mengiklankan produk dan laman web mereka di sini.

Untuk tahun kedua, saya tidak berani untuk menjanjikan apa-apa selain mengupdate blog ini dengan berita terkini lagi sensasi setiap hari. Dari segi konsep penampilan, rancangan awalnya Budiey disarankan oleh kawan-kawan untuk mengubah penampilan blog ini dalam bentuk e-magazine. Namun, apabila mengira faktor tertentu, niat tersebut dibatalkan dan sehingga kini Budiey masih mencari theme dan skin yang sesuai dengan konsep blog ini.

Akhir kata, terima kasih daun keladi buat semua. Selamat menyambut ulangtahun pertama buat semua pengunjung Sensasi Selebriti!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saksikan Pelakon Filem CUCI di Malaysia Hari Ini

Jogadanz Band di Hard Rock Café, Kuala Lumpur