in

Jogadanz Band di Hard Rock Café, Kuala Lumpur

Jogadanz Band Bersedia Menghangatkan Malam Hari Anda Di Hard Rock Cafe, KL!

Jogadanz Band, sebuah kumpulan live-band yang cukup berbakat besar dan begitu bertenaga sekali akan menggegarkan Hard Rock Café, KL bermula dari 1 Februari 2008 hingga 31 Mac 2008 ini. Mereka merupakan sebuah kumpulan dari Jakarta, Indonesia dan cukup terkenal sekali dalam menjayakan persembahan di kelab-kelab malam di sana. Kali ini, Jogadanz Band telah diberi sepenuh kepercayaan untuk membuktikan kehebatan mereka untuk beraksi di pentas utama Hard Rock Cafe, KL pula.

Kumpulan yang terdiri daripada 7 orang anak muda ini bukanlah satu nama baru di pusat-pusat hiburan di Indonesia. Pengalaman mereka membuat persembahan di cafe-cafe utama di sana seperti di Hard Rock Cafe Jakarta, Hard Rock Cafe Bali dan hotel-hotel bertaraf lima-bintang yang lain sudah cukup untuk membuatkan nama mereka dikenali dan disegani ramai! Diketuai oleh Syarifuddin Rahman (selaku pemain drum), Jogadanz Band merupakan sebuah kumpulan vokal harmoni yang cukup mantap sekali. Bersama 6 yang lain; Ratih Dewi Sambas (vokal), Rakhmatullah (vokal), Herna Ratnasari (vokal), Adhe Sandi Yudha (gitar bass), Musyafir Virgianto (keyboard) dan Muhammad Virgianto (gitar utama), Jogadanz Band tidak pernah menghampakan sesiapa sahaja yang hadir menonton persembahan mereka.

Kebolehan Jogadanz Band mempersembahkan lagu-lagu secara live sesungguhnya tidak boleh dipertikaikan lagi. Cara penyampaian mereka yang tersendiri kerap kali membawa pengujung kelab merasakan kelainan pada lagu-lagu yang sedia ada hari ini. Muzik yang dipersembahkan terdiri daripada pelbagai variasi. Sama ada ia berentak Latin, R & B, Dance Music, Balada, Hip Hop, Rock sehinggalah ke Pop Rock, Jogadanz Band pasti berjaya mempersembahkannya dengan cukup baik sekali!

Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton persembahan kumpulan dari Indonesia ini di Hard Rock Café, KL sepanjang bulan Februari dan Mac ini, bermula dari pukul 11.00 malam. Jogadanz Band menjanjikan anda persembahan yang begitu bertenaga dan pengalaman seperti ini tidak patut dilepaskan!

Hard Rock Café Kuala Lumpur terletak di Jalan Sultan Ismail. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03- 2715 5555.

[tags]Jogadanz Band, live band, showcaser, pop tim, hard rocker, Adhe Sandi Yudha[/tags]

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Happy 1st Anniversary to Blog Sensasi Selebriti

Senarai Program Terhangat 2008 di 8TV