in

HANNAH MONTANA

HANNAH MONTANA
Bermula 27hb. September 2008
Setiap hari Sabtu dan Ahad jam 11.00 pagi

Bintang remaja kegemaran anda telah kembali! Tepat sekali! 8TV akan membawakan kepada anda drama bersiri televisyen popular yang mendapat sambutan hangat di Amerika Syarikat apabila ia mula disiarkan kepada penonton bermula 27hb September 2008 ini!

Hannah Montana akan disiarkan setiap Sabtu dan Ahad pada jam 11.00 pagi di 8TV.

Hannah Montana merupakan drama yang terpilih untuk Anugerah Emmy Televisyen bersiri pada tahun 2006 di Saluran Disney.

“Para penonton 8TV harus berasa seronok! Kami membawakan siri televisyen yang begitu hit di Amerika Syarikat sehinggakan anda masih boleh merasakan kehangatan siri tersebut pada hari ini!” kata Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Cik Lam Swee Kim

“Kami yakin bahawa siri ini akan mendapat sambutan meriah di kalangan penonton kami kerana ia mendapat begitu banyak anugerah serta sering menjadi drama pilihan,” tambahnya.

Kim juga menambah,”Hannah Montana mempunyai kombinasi kehidupan seorang remaja dan kehidupan yang glamour sebagai seorang celebriti, yang saya pasti bahawa penonton kita mesti berasa ingin tahu. Lagipun, plot dan jalan cerita siri ini menimbulkan rasa minat yang pastinya penonton akan menonton 8TV setiap minggu hanya untuk mengetahui progres siri ini,” 

Hannah Montana ialah sebuah siri yang menceritakan tentang hidup seorang remaja perempuan yang terpaksa menghadapi dua kehidupan sebagai seorang remaja biasa bernama Miley Stewart (Miley Cyrus) pada siang dan seorang penyanyi pop bernama Hannah Montana pada sebelah malam dan merahsiakan identitinya yang sebenar dari orang ramai, kecuali pada rakan karib dan ahli keluarganya sahaja.

Melancong di seluruh dunia, menghiburkan peminat dengan muziknya yang dicipta oleh pengurus/ayahnya (Billy Ray Cyrus), Miley menjalani kehidupan yang diimpikan oleh mana-mana remaja. Namun begitu, walaupun kemashyuran ada kelebihannya – limousin, pakaian yang cantik dan berkawan bersama celebriti, Miley pula lebih gemar dilayan sebagai seorang remaja biasa dan menjalani kehidupan sebagai remaja biasa.

Bagaimanakah Miley mampu merahsiakan identitinya? Mungkinkah rakan sekolahnya akan mengetahui kebenarannya?

Untuk mendapat tahu kehidupan Miley Stewart, saksikan beliau di Hannah Montana di 8TV bermula pada 27hb September 2008 jam 11.00pagi. 8TV juga disiarkan di saluran alternatif Astro Saluran 708.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM BERSAMA PESAKIT KANSER KANAK-KANAK DI PPUM

Kad Raya Dari Hana Suri Media Fotografer Terlampau