in

RTM BERSAMA PESAKIT KANSER KANAK-KANAK DI PPUM

Jabatan Penyiaran Malaysia RTM telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya bersama pesakit kanser kanak-kanak di Wad Kanser Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM), Kuala Lumpur.

Sambutan yang diadakan pada 22 september 2008 adalah untuk menyerahkan sedikit sumbangan ikhlas daripada RTM berupa hamper dan duit raya untuk setiap 30 orang pesakit kanak-kanak yang menghidap kanser.

Sumbangan disampaikan oleh YBhg.Dato’Haji Abdul Rahman Bin. Haji Hamid,Ketua Pengarah Penyiaran dan penyerahan sumbangan pada majlis tersebut di jalankan pada 10.00 pagi semalam.

RTM telah membelanjakan hampir RM5’000 termasuk barangan hamper dan wang saguhati yang setiap satunya bernilai RM100.Turut hadir menceriakan pada majlis tersebut adalah personaliti jemputan, pembaca warta perdana RTM Hanim Muhilie dan semua pelakon kanak-kanak ‘Chiki Boom’ datang melawat dan menghiburkan para pesakit kanser.

Selepas penyerahan sumbangan dilakukan, Ketua Pengarah memberikan sedikit ucapan dan sedikit maklum balas kepada wartawan mengenai majlis yang diadakan.Antara ulasan beliau ialah tujuan sumbangan tersebut iaitu, untuk membantu meringankan beban kewangan selain itu memberi sokongan moral pada ibu bapa pesakit kanser.Selain itu, beliau sempat beramah mesra bersama pesakit kanser kanak-kanak dan mengadakan sesi fotografi bersama-sama dengan personaliti RTM dan para pelakon ‘Chiki Boom’.

“Itu sudah jadi kebiasaan, sejak saya kerja sebagai pramugari pun saya sudah praktik begitu. Kalau ada shooting, saya akan bergegas pulang.

“Lebih afdal berkumpul dengan keluarga, kerja tetap jalan tetapi keluarga jangan dilupa. Lagipun saya masih lagi tinggal dengan keluarga dan terlalu rapat dengan ibu, mana boleh tidak makan masakan ibu pada puasa pertama,” luahnya yang sempat melayangkan ucapan selamat menyambut kehadiran Ramadan kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BURN NOTICE

HANNAH MONTANA