in ,

Han & Nuri Tersingkir dari Mentor Milenia Minggu Ke-3

Buat pertama kalinya, Mentor Milenia mengumumkan dua protégé daripada Team Akim dan Team Azlan, Han dan Nuri tersingkir dalam battle ketiga sepanjang lima minggu berlalu. Minggu ini juga merakamkan satu lagi kejayaan Qody dalam menempah nama sebagai juara mingguan buat kali kedua berturut-turut.

Han, protégé Akim telah membawakan kelainan dalam persembahannya malam ini dengan memperjudikan sebuah konsep lakonan seolah-olah ‘mencari perempuan idaman’. Namun, menerusi lakonannya itu untuk lagu Oh Juwita (Nubhan) ternyata tidak berjaya meraih undian yang mencukupi untuk Han kekal berada dalam program realiti nombor satu Malaysia ini.

Nuri Han Mm

3 KONSERT, 2 PENYINGKIRAN DALAM 1 MASA
Han Dan Nuri Akur Dengan Penyingkiran Mereka

Begitu juga dengan Nuri, protégé Azlan yang cukup dikenali dengan suara unik Falsettonya, telah memilih Kerana Ku Sanggup (Agnes Monica) sebagai taruhannya malam ini. Sungguhpun Nuri telah melontarkan segala teknik vokalnya yang dinamik, nasibnya untuk berada di tangga yang tercorot tetap menghantuinya seperti konsert battle kedua, minggu lepas.

Peserta dari Pulau Tuba, Qody, sekali lagi muncul sebagai juara mingguan untuk dua minggu berturut-turut melalui lagunya Suatu Masa nyanyian asal oleh Dato’ M.Nasir. Persembahannya yang menggabungkan kelantangan vokalnya dengan warna not-not muzik Kuartet Cello ternyata berjaya meraih perhatian juri-juri awam dan juri-juri awam (atas talian).

Saingan pada minggu ini menyaksikan protégé lebih bersemangat mencabar diri mereka menyanyikan lagu pelbagai genre yang dipilih oleh Mentor masing-masing. Berikut adalah senarai protégé dan lagu yang disampaikan pada battle ketiga, minggu kelima:

PROTÉGÉ MENTOR TAJUK LAGU / PENYANYI ASAL

Mya Hazama Fantasia Bulan Madu / Search
Wanie Black Pelangi Senja / Stacy
Han Akim Oh Juwita / Nubhan
Nuri Azlan Kerana Ku Sanggup / Agnes Monica
Zetty Azlan Dipenjara Janji / Awie
Ebba Akim Jangan Kau Mimpi / Siti Sarah
Qody Black Suatu Masa / M.Nasir
Fareez Hazama Bila Tiba / Ungu

Selain dihiburkan oleh para protégé dan barisan mentor, dua pengacara Mentor Milenia, Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh turut menyerikan suasana dengan telatah gelagat mereka yang sering mencuit hati para penonton di studio dan juga di rumah.

Nuri Mm

Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, program Mentor kini dianggap nadi utama program realiti di TV3 khususnya dan tempatan pada amnya. Lebih membanggakan, Mentor Legend telah diangkat sebagai Rancangan Realiti Terbaik di Anugerah Skrin 2015. Selepas mengharungi tujuh musim yang memberangsangkan, Mentor muncul dengan konsep dan format baharu iaitu Mentor Milenia yang membariskan Akim, Azlan, Black dan Hazama sebagai barisan mentor.

Berlainan dengan musim-musim sebelum ini, Mentor Milenia menampilkan empat artis popular yang merupakan idola golongan muda untuk memberikan tunjuk ajar berkaitan bidang nyanyian, seni persembahan dan memperlengkapkan diri sebagai penghibur. Terkenal dengan kekuatan vokal dan sentiasa memukau penonton ketika beraksi di pentas, mereka jelas mempunyai kualiti untuk menyandang tanggungjawab sebagai mentor.

Qody Black Mm

Lebih menarik dan unik, Mentor Milenia juga memaparkan kelainan daripada musim-musim sebelumnya apabila keempat-empat mentor ini dipilih untuk menjadi pengkritik tetap di setiap konsert mingguan. Nama keempat-empat mentor ini bukanlah asing dalam industri hiburan kerana mereka pernah melayakkan diri bertanding di anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL). Lebih mengujakan, salah seorang daripada barisan mentor baru sahaja memenangi persembahan terbaik dan juara bagi Anugerah Juara Lagu-30 pada 24 Januari lalu. Pastinya barisan mentor mempunyai ramuan tersendiri untuk protégé mereka menambat hati para juri dan penonton.

Bagi musim ini, Mentor Milenia tidak akan mempunyai panel juri profesional kerana keputusan persembahan para protégé terletak kepada jumlah undian daripada juri awam di studio sebanyak 30% dan sebelihnya (70%) menerusi laman web rasmi Mentor Milenia (www.tv3.com.my/mentormilenia). Protégé yang mendapat undian terendah akan disingkirkan setiap minggu. Hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000 dijadikan habuan untuk pemenang Mentor Milenia di peringkat akhir nanti.

Lebih mengujakan, Mentor Milenia dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh selaku Penaja Utama manakala Tonton sebagai Geng Digital, Hot FM sebagai Geng Radio dan Harian Metro sebagai Geng Media.

Mentor Milenia diterajui oleh Muhamad Sufian Isa sebagai Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia dan Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) sebagai penerbit. Mentor Milenia turut membariskan Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Luk-U sebagai pengarah muzik.

Mentor Milenia bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam – 11.00 malam (siaran ulangan pada setiap hari Jumaat berikutnya pada pukul 9.30 pagi). Jurnal Mentor Milenia yang memaparkan aktiviti mentor dan protégé disiarkan pada setiap hari Ahad, pukul 6.02 petang.

Layari laman web rasmi www.tv3.com.my/mentormilenia serta Facebook, Twitter dan Instagram TV3Malaysia untuk mengikuti perkembangan dan gunakan hashtag #MentorMilenia untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman social. Penonton yang terlepas menyaksikan program ini juga boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my

Ebba Mm

Fareez Mm

Han Akim Mm

Han Mm

Mya Mm

Wani Mm

Zetty Mm

Qody Mm

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Resh Lancar Single Kedua CAN’T LIVE WITHOUT YA

Zara Zya Jadi Wanita Pendendam Dalam Telemovie Hujan Malam Itu