in , ,

Zara Zya Jadi Wanita Pendendam Dalam Telemovie Hujan Malam Itu

Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bakal menyambut ulang tahun ke-70 tahun ini sentiasa menjanjikan program terbaik termasuk drama-drama menarik yang menonjolkan kelainan dalm plot kisahnya.

Menampilkan sisi berbeza watak utama yang diketengahkan oleh Zara Zya, Johan Asari dan Sabri Yunus, RTM mengajak penonton menghayati kisah wanita yang menjadi mangsa rogol dan telah dikahwinkan dengan lelaki pilihan bapanya untuk menutup malu. Namun rahsia besar terbongkar tentang identiti lelaki itu yang menjadi pemusnah dalam kehidupannya.

Watak Suami Isteri (4)

Zara Zya Jadi Wanita Pendendam Dalam Telemovie “Hujan Malam Itu” di TV1

Kisah kemasyarakatan yang dihasilkan skrip dan diarahkan oleh Sabri Yunus ini bertajuk “Hujan Malam Itu” mengisi slot Panggung 1 di TV1 pada 27 Februari ini, pukul 3.05 petang.

Ikuti perjalanan kisah watak utama tentang kelemahan dan kekuatan seorang perempuan yang dijelmakan melalui watak Shuhada. Seorang gadis kampung yang baik tetapi kemudiannya dia telah menjadi mangsa rogol lelaki yang berbalut wajah yang tak di kenali, ketika hujan lebat di rumahnya semasa bersendirian.

Demi menjaga maruah nama keluarga, Hj Rashid, ayahnya berusaha mencari lelaki untuk di nikahi secepat mungkin. Hj Rashid menemui Lokman, pemuda yang ingin membaiki dirinya yang pernah jahat di sebuah surau di kampung berdekatan.

Namun Shuhada masih trauma dan tidak mampu untuk jadi isteri yang baik. Satu kemalangan berlaku kepada Lokman. Dia dipukul dan peristiwa itu mengubah sikap Shuhada terhadapnya.

Dia mula menerima Lokman. Malam itu juga hujan lebat. Tanda badan yang di lihat semasa cuba membantu Lokman mengingatkan Shuhada pada lelaki yang pernah merogolnya. Dan kini lelaki itu menjadi suaminya. Dia tidak mampu menerima kenyataan itu. Dalam hujan lebat, Shuhada meninggalkan Lokman.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Watak Mencabar Zara Zya

Watak Anak Beranak Zara Zya Dan Sabri Yunus Dalam Drama Ini

Johan Lakon Watak Suami Yang Menyesal Atas Perbuatan Lalu

Dendam Isteri Terhadap Suami Dalam Drama Ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Han & Nuri Tersingkir dari Mentor Milenia Minggu Ke-3

Sinopsis Drama Bersiri TUNDUKKAN PLAYBOY ITU