in , ,

Grup ALKAMU Lancar SIAPA TAK MAHU Kolaborasi Beatmaker Wongie

ALKAMU yang dianggotai oleh AL dan KR tidak asing lagi dikalangan pengikut gerakan muzik Hip-Hop di Malaysia.

SYARIKAT indie Silent Set Entertainment terus aktif berkarya apabila memperkenalkan artis terbaru dibawah naungan mereka iaitu ALKAMU di semua platform media sosial dimiliki mereka.

Kali ini mereka tampil dengan single terbaru yang bertajuk “SIAPA TAK MAHU”. Lagu “SIAPA TAK MAHU” telah selesai dirakamkan sejak hujung tahun 2022 walaubagaimanapun kekangan masa dan kepadatan jadual membuatkan single ini dikeluarkan pada Julai 2023. 

Muzik video lagu “SIAPA TAK MAHU” ini adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Jalan cerita muzik video ini adalah adaptasi anggota ALKAMU itu sendiri iaitu Diamond X dan Mac Dillie serta ditambah baik oleh Jae Alba sebagai penulis lakon layar. 

Lagu “SIAPA TAK MAHU” ini menampilkan ALKAMU dan kolaborasi beatmaker Wongie. Muzik video ini juga menampilkan bakat- bakat baru yang ada dibawah naungan Silent Set Entertainment. 

Menurut Zulakid Aizat pemilik record label Silent Set Entertainment. Ini adalah salah satu kolaborasi yang dilakukan oleh Silent Set Entertainment. Akan ada banyak lagi kolaborasi dari Silent Set Entertainment terutamanya dari ALKAMU selepas ini. 

Muzik Video “SIAPA TAK MAHU” sudah siap pengambaran sejak bulan februari lagi. Pengambaran dilakukan di sekitar Shah Alam yang hanya mengambil masa lebih kurang 6 jam waktu pengambaran. Atas masalah teknikal terhadap lagu, single “SIAPA TAK MAHU” ini mengalami kelewatan untuk disiarkan kepada umum. 

Anda boleh tonton Muzik Video Rasmi “SIAPA TAK MAHU” di laman YouTube rasmi Silent Set Entertaiment. 

Dengan pegeluaran audio rasmi dan muzik video rasmi “SIAPA TAK MAHU” Silent Set Entertainment kini bersedia untuk pengeluaran beberapa single dan Muzik video. Dengan keyakinan yang ada Silent Set Entertainment bersiap sedia untuk mencuri perhatian peminat dan pengamal muzik tanah air agar perkembangan muzik yang sihat dapat dilaksanakan dimasa hadapan. 

Untuk maklumat terkini, sila ikuti Silent Set Entertainment di media sosial; Youtube Silent Set Entertainment, Instagram @silentset.ent dan Facebook; Silent Set Entertainment atau layari laman web rasmi Silent Set Entertainment di https://silentsetent.com/ 

Composed by ALKAMU.
Written by
AL & K.
Performed by
ALKAMU.
Beat by Wongie
Mixed & Mastered by Baitisan. Music Produced by ALKAMU. Co-produced by Silent Set Entertainment 

MUSIC VIDEO PRODUCTION Production Manager : Sitti Khadijah Albar Gaffer : Don
Grip : Joseph Chia Cinematorgraphy : John Kidslick Production Design : Zariq Aizat Assistant Director : Zariq Aizat Director : Jae Alba 

Music Video Produced by Silent Set Entertainment. 

℗ 2023 Silent Set Entertainment
© 2023 Silent Set Entertainment Unauthorized reproduction is a violation of applicable laws. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BELL NGASRI

ABPBH 35 Capai 5.6 Juta Tontonan TV,  2.9 Billion Capaian di Platform Digital 

Pre-Order Galaxy Z Fold 5, Galaxy Z Flip5, Galaxy Watch 6 & Galaxy Tab S9