in , ,

Gossip Gambar Ashraf Sinclair Cium Bunga Citra Lestari di Pulau Bali

Pada 3 September lalu, pelakon Gol & Gincu yang sensasi Ashraf Sinclair telah mengadakan sidang akhbar di The Curve, Mutiara Damansara untuk memberi penjelasan tentang gambar kiss cium mulut dengan pelakon filem Cinta Pertama, Bunga Citra Lestari. Bagi Budiey, ianya satu tindakan dan pengakuan yang jujur datang dari hati budak baik ini patut dihormati. Ada selebriti yang tak berani nak mengaku. Bukan hanya untuk membersih namanya yang tercalar, namun untuk meluahkan rasa kecewa. Ashraf patut sedar di mana sahaja dia pergi, dia membawa nama selebriti. Bercinta pula dengan selebriti panas macam Bunga Citra Lestari. Sebenarnya gambar itu dah lama tersiar di media Indonesia. Ashraf berkata, beliau menyedari penyebaran gambar itu di internet minggu lalu selepas dimaklumkan oleh Bunga. Selepas berbincang dengan pihak pengurusan, Beyond Events serta mendapat sokongan keluarga, Ashraf menganggap penjelasan menerusi sidang media tindakan terbaik. Secara ikhlas, isu gambar cium mulut dengan Bunga memang sesuatu yang memalukan Ashraf.

“Gambar yang diambil itu merupakan percutian romantik antara saya dan BCL. Bagaimana Paparazzi boleh mengambil gambar itu, saya sendiri kurang pasti kerana masa itu saya dan BCL berkelah bersama-sama beberapa rakan lain. Memang saya akui tertekan dan kecewa dengan penyebaran gambar tersebut, namun ia memberi satu pengajaran pada saya. Semua orang membuat silap, jadi saya sedang belajar dari kesilapan! Kami baru kenal 3 bulan (April 2007) apabila bertemu dalam Beat TV. Namun apa yang boleh saya katakan, BCL merupakan gadis yang berjaya memikat hati saya. Kedua ibu bapa kami telah mengetahui hubungan ini, dan mereka semua merestuinya. Di sini saya nak minta maaf pada semua peminat dan sesiapa sahaja berhubung penyebaran gambar itu. Dalam hal ini, memang saya amat berhati-hati… namun ia terlepas juga. Saya harap peminat faham dengan situasi ini.” – Berita Harian

Apa-apa pun inilah dia cabaran dunia selebriti. Ini baru Malaysia, dunia yang begitu kecil berbanding dunia hollywood. Ashraf belum fikir pasal kahwin sebab mahu menumpukan dengan program tv Astro. Lagi pun, dia pun macam Erra Fazira dan Engku Imran atau Fasha Sandha dengan Hans Isaac. Tapi yang saya dengar Fasha Sandha sekarang sedang berkawan pula dengan Awie, betul ke? Dan rumours ada kata yang Erra Fazira dan Engku Imran akan bertunang dalam masa terdekat ini. Erra tengah bersiap sedia nak kahwin dengan Engku Imran selepas raya Aidilfitri nanti. Ura-ura mengatakan majlis perkahwinan akan diadakan pada Disember depan. Ini kerana keluarga kedua-dua belah pihak merasakan perkara yang baik tidak perlu dilengahkan lagi. Mmm… eloklah tu!

Lawat friendster Bunga Citra Lestari:
http://www.friendster.com/bungacitra

[tags]profile ashraf sinclair, gambar ashraf sinclair cium kiss bunga citra lestari, filem bunga citra lestari, sinopsis gol & gincu, sidang akhbar ashraf sinclair, gambar ashraf dan bunga citra di pulau bali, muatturun mp3 lagu bunga citra lestari, download lagu terbaru bunga citra lestari, skandal ashraf sinclair bunga, video 3gp budak sekolah, comolot bunga, bikini gambar bunga bogel, paparazzi malaysia, keputusan anugerah era, gambar beromen, belanjawan 2008, budget 2008, erra fazira engku imran bertunang, gosip fasha sandha dan awie, foto Haifa Wehbe, gambar bunga bugil, download video percuma, hans isaac dan fasha sandha, beat tv astro, beyond events, decent boys, profile ashraf sinclair, nur fazura paris hilton malaysia, gambar ashraf sinclair cium kiss bunga citra lestari, skandal fasha sandha, gambar fasha sandha bercuti paris, filem bunga citra lestari, sinopsis gol & gincu, sidang akhbar ashraf sinclair, gambar ashraf dan bunga citra di pulau bali[/tags]

ashraf sinclair malam gala filem diva

bunga

ashraf

bunga citra lestari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Preview Disney High School Musical 2

Lirik Lagu Terbaru Aizat – Sahabat