in , , ,

Sekitar Preview Disney High School Musical 2

Pada hari Sabtu iaitu 1 Septembar yang lalu, Budiey dan Rizal meluangkan masa untuk menghadiri preview Disney’s High School Musical 2 atau dalam bahasanya, Muzikal Sekolah Tinggi 2 di Cineileisure Damansara. Apa istimewanya sangat sampai saya menghabiskan masa cuti hujung minggu dengan menonton siri filem musical paling laris dan meletop di USA ini? Ya, istimewanya adalah kerana Astro julung-julung kalinya telah memberikan peluang bagi penonton untuk mendengar alih suara Bahasa Malaysia dengan menampilkan pelakon dan selebriti terkenal seperti Mila AF5, Dafi AF5, Aizat AF5, Kaer AF2, Nana AF1, Marsha AF3, Rosyam Nor dan Cikgu Fauziah Nawi serta ramai lagi sebenarnya. Kepada anda yang ada Astro dan melanggan saluran Disney Channel 61, jangan lepaskan peluang untuk menonton dan mendengar suara-suara selebriti kegemaran anda pada 9 September 2007, jam 7.30 malam.

Sebenarnya, saya tidaklah teruja sangat untuk menonton sebab Disney’s High School Musical siri pertama pun saya masih belum tonton. Ini kan pula nak tengok siri yang kedua. Sebenarnya sekuel pertama dan kedua tidak banyak beda pun. Balik-balik, diorang ni berlakon, menyanyi dan menari. Ya, tiga elemen di satukan menjadikan siri TV ini satu fenomena seluruh dunia seawal Januari 2006. Dengan penjualan album runut atau soundtracknya yang melebihi jutaan dolar. Menariknya mungkin pada pemilihan pelakonnya yang cantik, kacak dan berkebolehan dalam menyanyi, berlakon dan menari. Pelakon utama Zac Efron yang kacak jambu, Vanessa Hudgens, Ashley Tisdale memang menjadi kegilaan ramai.

Jam 8 malam, penonton yang terdiri daripada pelanggan Disney Channel dah mula membanjiri ruang legar pentas. Di hampar karpet biru untuk laluan selebriti. Memang meriah dengan begitu ramai sekali kanak-kanak dan ibu bapa masing-masing yang tukang sibuk sama. Semua yang hadir dijamu dengan pop corn dan air minuman Ribenna. Serta yang paling seronoknya mereka diberi peluang untuk bermesra dengan selebriti voice over dengan lebih dekat.

Hanya Mila, Fauziah Nawi, Marsha dan Nana sahaja yang datang. Selebihnya, saya tak tahu pula sebab tak nampak batang hidung pun. Budiey diberitahu oleh Mila yang dia pun baru sahaja balik dari Kedah untuk rakaman Konsert Reunion Akademi Fantasia berkolaborasi dengan Gempak Selebriti Astro di sana. Jangan lupa untuk saksikan Konsert Reunion yang akan ditayangkan di Astro Ria pada hari raya akan datang.

Acara yang grand ini ditaja sepenuhnya oleh Astro Disney Channel dan Walt Disney Television International Southeast Asia.

Pop corn… yummy… memang grand dia punya paper bag…

Jam 8.20 malam, hos pada malam itu, penyampai Hitz.FM memanggil satu persatu artis untuk naik ke pentas bagi acara temubual dan menjawab soalan-soalan cepumas.

Mangsa pertama ialah Fauziah Nawi yang menyumbangkan suaranya untuk watak cikgu pada budak-budak sekolah tinggi ini bernama Mrs Darbus. Tapi sekejap je… tak banyak sangat adegan untuk suara cikgu Akademi Fantasia dan pelakon drama ini.

Orange…. nice dengan pakaian ala Bollywood. Katanya, Ummi tak minat sangat sebab katanya filem ini hanya untuk youngster sahaja. Mmm… tak betul tu, semua orang boleh tengok program hiburan tv sebegini.

marsha

Marsha Londoh… jadi mangsa ke-2. Suara untuk Marsha adalah untuk watak gadis kulit hitam, Taylor. Kira boleh lah…

budiey dan marsha

Punyalah menggatal jugak nak bergambar dengan Marsha yang manis, jelita dan seksi inniew…

Nana yang membawa suara untuk karakter Sharpay yang begitu gedik, antagonis dan berlagak. Memang sesuai sekali dengan gaya lenggok suara Nana. Kata Nana, dia susah nak buat frasa “Break a leg!” menjadi “patah kaki”. Cam tak kena pula bila beberapa frasa diterjemahkan. Itu yang penting kena guna kreativiti penterjemah. Kalau tidak rasa macam ada yang kurang dan janggal lak.

Rosyam Nor baca jurulatih Bolton. Kaer bawa watak Ryan, Marsha bawa suara Taylor dan Mila pula bawa watak Gabriella, Dafi bawa suara Troy and Aizat bawa suara Chad. Suara Kaer macam tak kena lak. Yang lain semua okay. Kali ini ceritanya banyak berkisar pasal konflik Sharpay yang cemburu bila mana Gabriella dan Troy sangat intim. Ketika percutian musim panas, mereka menghabiskan cuti di Lava Springs Country Club.

Paling menarik, terdapat satu lagu yang diberi sentuhan dalam Bahasa Malaysia dendangan Vince dan Jaclyn Victor untuk lagu You Are the Music in Me. Terjemahan dalam Bahasa Melayu perlu diberi tumpuan yang begitu teliti sebab bagi Budiey bukan senang sebenarnya nak buat voice over untuk bahasa ibunda kita.

Sweet Marsha Londoh, Nana dan Jaclyn…

Tu dia nak jugak bergambar dengan Troy yang menggunakan suara Dafi. Memang kena dan sempoi giler lah!

Budiey dengan Gabriella… meminjam suara Mila. Memang sweet giler!

budiey dan mila

Mila Jirin bersama bekas kekasih Nurul yang kini beralih arah meminati Mila. Hahaha! Rizal, jangan marah aaa….

[tags]gambar marsha, foto jaclyn, Mila AF5 di Gempak Selebriti ASTRO, Penang, konsert renunion af, program raya, mila jirin, blog reporter, Mila, sweet Mila, Norsharmilla Jirin, gossip mila dafi, lagu terbaru jac vincent, preview high school musical 2[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Boyfriend Noris Ali Pengacara Motor Addict di Astro Ria

Gossip Gambar Ashraf Sinclair Cium Bunga Citra Lestari di Pulau Bali