in ,

Lirik Lagu Terbaru Aizat – Sahabat

Pada 3 September 2007, jam 9 malam khabarnya bintang AF5, Aizat ada bertandang di studio Radio X-Fresh bersama dengan pengacara Fulus Mania, Adi Fashla.

Jom layan lagu Sahabat dari Aizat AF5. Keep on play!

Secara eksklusif, pendengar radio muda mudi yang sukakan muzik segar itu telah diperdengarkan sebuah lagu single dari bintang voice over untuk Disney’s High School Musical 2, Aizat yang berjudul Sahabat. Khabarnya, lagu Sahabat merupakan single kedua dalam album terbaru Aizat akan datang. Single pertama ialah lagu Hanya Kau Yang Mampu yang juga dicipta Taufik dan diterbitkan pula oleh Sham Kamikaze. Namun, mungkin Aizat agak cerewet dan mementingkan mutu, lagu Hanya Kau Yang Mampu diperbaiki lagi untuk menghasilkan buah tangan terbaik untuk peminat.

blogLagu Sahabat berentak pop rock ini pada saya biasa-biasa sahaja apabila diperdengarkan pertama kali. Namun, setelah beberapa kali saya menikmatinya, makin lama rasa macam ada sesuatu keistimewaan pada lagu ini. Budiey cuba mendengar lagu ini beberapa kali dan mendapati bahawa lagu ini ada bau-bau persis lagu dari Indonesia. Apabila diberitahu lagu ini adalah antara lagu yang dicipta oleh komposer berbakat besar iaitu Taufik dari Indonesia, maka tak syak lagi lah. Memang tipikal sangat bunyi irama sebegini. Istimewanya, intro lagu ini disuntik dengan irama acoustic dengan petikan gitar dan violin. Aizat juga punya vokal yang boleh membawa lagu nada rendah dan medium pada korusnya memang sesuai dan agak santai mendendangkan lagu ini.

Sayang sekali, lagu ini rasanya akan lebih elok andainya ada formasi suara latar berkoir. Aiyo! Hahaha, mohon maaf kerna saya masih lagi terpengaruh dengan kehebatan vokalize koir dalam lagu Lelaki Ini dendangan Anuar Zain. Lagu diterbitkan oleh Mujahid (bekas anggota Nowseeheart) yang kini sibuk dengan mengendalikan Rumpun Records dan menjadi pengurus kepada band popular dengan lagu Tak Bisa Memilihmu, Sixth Sense. Lagu Sahabat mengisahkan tentang perpisahan dengan seorang sahabat. Satu luahan perasaan yang biasanya akan berlaku apabila sahabat atau best friends kita berjauhan daripada kita. Rasa rindu yang mendalam, rasa kesal kerana berjauhan dan rasa setia menunggu diluahkan dengan terus terang tanpa menggunakan perlambangan dan simbolik menjadikan lagu ini senang untuk melekat di jiwa pendengar. Cuma pada bahagian korus, penulis lirik cuba menggambarkan keadaan yang tidak pernah berubah dalam dirinya dan tak dapat lakukan bersendirian dalam bait “Kau tahu ku tak bisa, Beranjak terbang dan melayang, tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah.”

Apa-apa pun, saya cuma berpegang dengan mesej lagu ini… hargailah setiap saat bersama sahabat dan tidak perlu kesal seandainya masa mencemburui anda berdua dan menghalang untuk bersama lagi. Saya sayang sahabat saya sebagaimana saya menyayangi setiap pembaca blog ini juga. Anda pula macamana? Sudahkah anda mengucapkan kata-kata sayang buat sahabat anda? Ucapkanlah hari ini selagi sahabat anda masih lagi hidup! Usah simpan untuk diluahkan pada hari esok yang masih belum pasti.

Saya suka dengan penggunaan muzik acoustic, irama violin, gitar string dan suara jantan Aizat dalam lagu Sahabat. Apa pendapat anda pula?

Lirik Lagu Terbaru Aizat – Sahabat

Sahabat
Mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat
Ingatlah kau selalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat
Aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku inginkan kau hadir

Korus:
Aku di sini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
Tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

kredit: kasigegar.blogspot.com

[tags]lagu terbaru aizat sahabat, imeem lagu terbaru aizat, video klip lagu aizat sahabat, lirik lagu aizat sahabat, mujahid rumpun records, profile aizat, download mp3 lagu terbaru, top 10 carta era, cinta sahabat novel, lagu tema filem, youtube lagu otai soundtrack, muatturun novel percuma, e-novel, sixth sense lagu tak bisa memilihmu, album terbaru anuar zain, x-fresh fm, website aizai, laman web radio malaysia, aizat dalam durrani, gitar belajar guna, kelas muzik malaysia, tips belajar violin, kedai muzik, tempah baju raya, gossip adi fashla, kekasih sahri, chaser, komposer taufik profile, nowseeheart lagu mp3, tips sahabat cinta, simbol cinta sahabat, lagu terbaru aizat sahabat, imeem lagu terbaru aizat, video klip lagu aizat sahabat, lirik lagu aizat sahabat, mujahid rumpun records, kangen band, numata songs[/tags]

aizat

aizat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Gambar Ashraf Sinclair Cium Bunga Citra Lestari di Pulau Bali

Erra Fazira dan Engku Emran Bertunang Jumaat Ini