in , ,

Gigih Tutup Panggilan ‘Sayang’, Cinta Mimi Lana & Syafiq Kyle Bertaut Kembali?

Sekitar Jun lalu, pelakon terkenal Syafiq Kyle dan juga Mimi Lana mengesahkan mereka berdua telah pun berpisah setelah 5 tahun bercinta.

Couple ini juga turut dilihat berhenti mengikut laman Instagram masing-masing waktu itu. Walau bagaimanapun, baru-baru ini artis lelaki tersebut dilihat hadir dalam satu majlis suprise ulang tahun wanita berkenaan yang ke 25 di sebuah restoran.

Syafiq Kyle hadiahkan Mimi Lana jambangan bunga berwarna pink 

Gigih Tutup Panggilan 'Sayang', Cinta Mimi Lana & Syafiq Kyle Bertaut Kembali?

Terbaru menerusi Instagram (IG) Story milik pelakon wanita berkenaan, dia telah memuat naik beberapa video memaparkan hadiah-hadiah pemberian oleh kenalannya. Salah satu daripadanya merupakan pemberian Syafiq Kyle berupa jambangan bunga berwarna pink serta hadiah.

Gigih Tutup Panggilan 'Sayang', Cinta Mimi Lana & Syafiq Kyle Bertaut Kembali?

Sempat tutup nama panggilan di awal video sebelum, ada tertera ‘Sayang’

Namun dalam satu video lagi, Mimi dilihat menutup sebahagian ucapan daripada pelakon lelaki tersebut yang tertera di atas sekeping kad. Walau bagaimanapun, sebenarnya ayat ditulis masih boleh dibaca selepas itu yang berbunyi “I Love You Sayang“.

Gigih Tutup Panggilan 'Sayang', Cinta Mimi Lana & Syafiq Kyle Bertaut Kembali?

Sering juga muat naik foto jika bekerja bersama-sama

Kedua-duanya sebelum ini beberapa kali dikatakan ramai kononnya berbaik kembali selepas memuat naik foto bersama-sama ketika menghadiri rakaman program televisyen pada Ogos lalu. Selain itu, nama mereka sekali lagi naik apabila masing-masing dilihat menjadi model untuk sebuah jenama.

Gigih Tutup Panggilan 'Sayang', Cinta Mimi Lana & Syafiq Kyle Bertaut Kembali?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Alif Satar Minta Maaf Berkali-Kali, Sambil Menangis,” – Sheila Rusly

Mawar Rashid Izin Suami Tambah Dua, “Selagi Raf Mampu, Tak Ada Masalah,”