in , ,

Kumpulan Alternatif & Pop-Rock Terhangat di Malaysia dalam Gegaran Band Original JOOX Ke-3

OOX Malaysia menggegarkan awal tahun 2021 bersama Kugiran Masdo, IamNeeta, Caliph Buskers, Madam, One Avenue Band, Azarra Band dan Drama Band melalui siri ORIGINAL JOOX ke-3 “Gegaran Band”

JOOX, platform penstriman muzik paling berdedikasi di Asia, dengan bangganya mempersembahkan projek terbaharunya kepada peminat muzik di seluruh Malaysia – “Gegaran Band”, siri JOOX ORIGINALS ketiga, yang terus mengetengahkan artis-artis terbaik dalam industri muzik Malaysia.

Mengikuti kejayaan dua siri projek JOOX ORIGINALS sebelum ini iaitu Super Producer dan Hip Hop Beats, “Gegaran Band” mengumpulkan beberapa kumpulan muzik terhangat di Malaysia untuk menghasilkan lagu-lagu terbaharu dan segar secara eksklusif di JOOX. Ini adalah salah satu inisiatif JOOX untuk memberikan semangat kepada peminat muzik tanah air untuk memulakan tahun 2021 yang diharapkan akan menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun sebelumnya!

Kumpulan-kumpulan tempatan yang akan melancarkan hit terbaru mereka secara ekslusif di JOOX adalah Kugiran Masdo, IamNeeta, Caliph Buskers, Madam, One Avenue Band, Azarra Band dan Drama Band.

Lagu eksklusif terbaharu Kugiran Masdo “Lautan Asmara” menjadi pembuka tirai siri ketiga JOOX ORIGINALS, dan akan diikuti pelancaran lagu “Lampu” Hijau dendangan IamNeeta

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendengar hasil nukilan mereka yang pasti  memukau peminat muzik alternatif dan pop rock di Malaysia!

Musnah - MADAM

Kesemua lagu dalam siri “Gegaran Band” akan dapat diperdengarkan secara eksklusif di JOOX tidak lama lagi dan projek ini akan disusuli dengan pelancaran video muzik di saluran YouTube artis-artis yang terlibat dalam projek ini. Selain itu, pencinta muzik Malaysia bukan sahaja boleh mendengarkan lagu-lagu ini tetapi juga diberi kepuasan untuk menyanyikannya pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui fungsi karaoke JOOX.

Kumpulan pop rock Kugiran Masdo menjadi pembuka tirai untuk siri “Gegaran Band” ini dengan lagu mereka yang berjudul “Lautan Asmara” – lagu yang ditulis sendiri oleh vokalis kumpulan tersebut, Ali Sariah menceritakan tentang cinta dalam diam terhadap seseorang. Kumpulan rock alternatif IamNeeta menyusuli siri ini dengan lagu “Lampu Hijau”, dilancarkan secara ekslkusif di JOOX pada 29 Januari yang lalu.

IamNeeta - Lampu Hijau

Siri JOOX ORIGINALS “Gegaran Band” ini akan terus berlangsung pada bulan Februari ini sehinggalah ke bulan Mac dengan trek-trek terbaik yang akan dibawakan oleh kumpulan rock bertenaga Madam pada 3 Februari yang telah melancarkan lagu terbaru mereka Musnah; dan akan diikuti Caliph Buskers, kumpulan kurang upaya penglihatan yang sangat berbakat; dan One Avenue Band.

Kumpulan pop rock bertenaga Azarra Band dan kumpulan Drama Band akan melancarkan lagu-lagu terbaharu mereka di JOOX pada bulan Mac yang akan datang, nantikannya kesemuanya!

KUGIRAN MASDO

Angie Tan, Head of JOOX Malaysia, menyatakan, “Memandangkan sambutan yang sangat luar biasa dan memberangsangkan yang telah kami terima daripada peminat muzik di Malaysia untuk dua siri JOOX ORIGINALS sebelum ini, maka kami memulakan tahun baru ini dengan membawakan kumpulan pop rock terhangat di Malaysia. Kami berasa teruja untuk membariskan pemuzik-pemuzik yang sangat berbakat untuk 

Projek siri ketiga ini dan kami akan terus berusaha untuk memeriahkan lagi arena muzik tempatan dengan menghasilkan lebih banyak lagu-lagu asli yang lebih hebat. “

Artis-artis terbaik dan trek tehangat dari Malaysia dan seluruh dunia menanti anda di JOOX dimana pustaka muzik kami menyediakan lebih daripada 30 juta lagu dari seluruh dunia! JOOX membawakan artis, lagu, album kegemaran anda, senarai main dan persembahan secara langsung ke hujung jari  anda pada bila-bila masa dan dimana 

jua anda berada. Nikmatinya sekarang dengan muat turun JOOX melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau  layari laman web JOOX

MADAM

Mengenai JOOX

JOOX adalah aplikasi muzik percuma yang diperbuat khas untuk pencinta muzik. Dengan lebih daripada 30 juta lagu dalam pustaka muziknya dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda ke artis kegemaran anda, lagu, album dan senarai lagu persendirian. Pengguna dapat menemui muzik baharu yang hebat dengan lagu dan stesen radio yang disyorkan yang sesuai dengan citarasa dan suasana hati anda. JOOX kini boleh didapati di iOS, Android dan Desktop (Windows / Mac), yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman muzik percuma yang berkualiti tinggi pada bila-bila masa, di mana jua.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

‘Overdose’ Minum Air Putih 8 Liter Sehari, Wanita Bengkak Otak Masuk Redzone

Madam Terus Mara Dengan MUSNAH