in , ,

Madam Terus Mara Dengan MUSNAH

Selepas Kejayaan Luar Jangkaan Single ‘Luka’, Band Rock Pertama Rocketfuel Entertainment Kembali Dengan Single Terbaharu

Band rock pertama di bawah naungan Rocketfuel Entertainment, MADAM, yang dianggotai empat anak muda penuh berbakat yang terdiri daripada Putera (vokalis), Azuan (pemain bass), Herman (pemain dram) dan Fadhil (pemain gitar) kembali dengan single terbaharu yang lebih menyengat berjudul ‘Musnah’ selepas kejayaan luar jangkaan single pertama mereka.

Lagu yang bergenre rock moden tersebut dicipta oleh penulis lirik hebat iaitu Amy Bong, manakala melodinya pula di susun oleh komposer terkenal tanah air, Zimi Sofazr, dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment dengan kerjasama JOOX.

Single pertama MADAM berjudul ‘Luka’ yang berjaya meraih tontonan hampir 3 juta di saluran YouTube Rocketfuel Network membuktikan bahawa mereka merupakan artis baru yang wajar diberi perhatian.

Madam

“Alhamdulillah, kami amat bersyukur dan berterima kasih dengan sambutan luar jangkaan oleh penggemar muzik rock tanah air terhadap single Luka, rata-rata daripada mereka memberikan respon yang positif dan membina,” kata Putera.

Bercerita mengenai single terbaru MADAM, Azuan menerangkan, Musnah mengisahkan tentang sepasang kekasih yang gagal dalam percintaan.”

“Kisah cinta mereka yang pada awalnya bahagia kemudian berakhir dengan kemusnahan kerana tiada setia dalam perhubungan tersebut, kiranya Musnah adalah prekuel kepada Luka.

MusnahcoverartFA

Sesi rakaman yang berlangsung selama 2 hari di Pro Studio, Cheras telah dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada bulan Disember 2020 yang lalu dengan mengikuti peraturan SOP yang ditetapkan.

“Proses rakaman berjalan sangat lancar dan dalam mood yang menyeronokkan dengan komposer berpengalaman iaitu saudara Zimi Sofazr kerana kami sudah biasa bekerja dengan beliau, dan tahu apa yang dikehendakinya selain banyak yang kami pelajari daripada beliau,” ujar Herman.

Manakala, video muzik (MV) Musnah yang bakal dilancarkan tidak lama lagi turut memaparkan jalan cerita yang menarik, jelas Fadhil, “MADAM lebih mementigkan visual persembahan untuk MV kali ini tetapi masih menyelitkan elemen drama selari dengan jalan cerita Musnah iaitu kisah cinta yang menemui kemusnahan akibat tiadanya setia.”

Walaupun band MADAM diperkenalkan ketika PKPP, ia tetap membuktikan kehebatan mereka sebagai band rock baru dan usaha yang dilakukan oleh pihak pengurusan membuahkan hasil.

Madam

Menurut En. Feros SaynaKetua Label Rocketfuel Entertainment“Kami merasa bangga dengan kejayaan yang ditunjukkan MADAM dengan single pertama mereka, dan saya yakin single Musnah mampu menandingi pencapaian single Luka.”

“Saya berharap semoga single Musnah akan didengari oleh seramai pendengar yang boleh, dan digemari oleh semua yang mendengarnya demi memberi kami lebih semangat dalam menghasilkan banyak lagi karya-karya bermutu pada masa akan datang,” ujar Putera.

Lagu ‘Musnah’ boleh mula didengari 3 February ini secara eksklusif melalui penstriman atas talian terhebat, JOOX. Manakala video lirik rasmi lagu ‘Musnah’ ini juga boleh ditonton khas hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network pada tarikh yang sama.

Madam

Lirik Lagu MUSNAH

Berbisik nada-nada
Jawapan pasti
Nyanyian sang pujangga cinta Terus tercari-cari di manakah

Tertulis kata-kata
Engkau dan aku kita berdua Janjikan terus setia hingga Ke syurga cinta

Kau lah bidadari yang telah Membuatkan aku jatuh Cinta yang hadir kini Menjadi debu-debu hitam

Malam gelap
Tak lagi bersinar Menunggu terang cahaya Menyuluh ke dalam jiwa

Terus menunggu
Bersaksi rembulan
Berbisik terus ke jiwa ku
Yang hancur musnah kerana kamu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kumpulan Alternatif & Pop-Rock Terhangat di Malaysia dalam Gegaran Band Original JOOX Ke-3

CINTA KHAYALAN Wany Hasrita, Idam ke Pentas Anugerah Juara Lagu Ulangi Sejarah MENAHAN RINDU