in ,

‘Overdose’ Minum Air Putih 8 Liter Sehari, Wanita Bengkak Otak Masuk Redzone

Pengambilan air putih yang mencukupi adalah sangat penting untuk mengelakkan masalah dehidrasi badan. Namun ramai kurang cakna bahawa kuantiti per liter yang perlu diambil sebenarnya bergantung mengikut keperluan diri masing-masing.

Meskipun kandungan air kosong adalah zero kalori, tidak bermakna anda boleh minum dengan terlalu banyak tanpa kawalan dan menganggapnya sebagai rutin menyihatkan.

Isteri join program diet & disaran minum air 8 liter sehari… Alami sawan & bengkak otak

'Overdose' Minum Air Putih 8 Liter Sehari, Wanita Bengkak Otak Masuk Redzone
'Overdose' Minum Air Putih 8 Liter Sehari, Wanita Bengkak Otak Masuk Redzone
'Overdose' Minum Air Putih 8 Liter Sehari, Wanita Bengkak Otak Masuk Redzone
'Overdose' Minum Air Putih 8 Liter Sehari, Wanita Bengkak Otak Masuk Redzone

Percaya ataupun tidak, seorang doktor ini tampil mendedahkan sebuah tragedi di mana seorang wanita diibaratkan seperti ‘overdose’ pengambilan air putih sehingga mengakibatkan sawan dan bengkak otak. Berusia awal 20-an dengan berat badan sekitar 100kg, difahamkan dia telah mengikuti program diet di mana semua peserta disarankan untuk minum air putih dalam 6-8 liter sehari. Namun siapa sangka, kekerapan tersebut rupa-rupanya memberikan beban kepada ginjal.

Secara ringkasnya juga, Dr Zek mengesahkan bahawa wanita terbabit sedang mengalami water intoxication dan beberapa simtom juga ada dijelaskan menerusi penulisan di bawah.

Tegas pakar perubatan ini, pengambilan air kosong yang berlebihan tidak mampu menurunkan berat badan malah boleh menyebabkan impak lebih buruk termasuklah risiko untuk koma.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khairy Jamaludin Dilantik Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

Kumpulan Alternatif & Pop-Rock Terhangat di Malaysia dalam Gegaran Band Original JOOX Ke-3