in , ,

Amy Ukays Tolak Buat Lagu Raya Aliff Syukri Sebab Ada Sikap Lupa Diri

Komposer, Amy Ukays enggan bekerjasama dengan usahawan dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri bagi menghasilkan lagu sempena Aidilfitri. 

Menerusi hantaran di Facebook Ukays, Amy menegaskan, keputusan itu dibuat kerana dia tidak suka sikap lupa diri Aliff. 

“Iqbal hubungi Amy untuk minta buatkan lagu raya untuk tahun ini. Datuk Aliff juga ada WhatsApp, minta buat lagu raya tapi Amy menolak sebab dia lupa diri dan asal usul,”

– Amy

Kerana itu, Amy memilih untuk bekerjasama dengan usahawan dan artis lain serta fokus kepada lagu Aidilfitri Ukays Reborn sendiri. 

“Amy tak suka untuk berkerjasama. Maka, tahun ini Amy fokus buat lagu raya untuk Iqbal, Datuk Seri Vida, Baby Shima, Ifa Raziah dan lagu baru raya Ukays Reborn bertajuk Di Sana Raya Di Sini Raya.

“Datuk Aliff Syukri, selamat tinggal buat selamanya,”

– Amy

Amy bagaimanapun reda walaupun tahu, dia bakal diserang oleh netizen kerana penolakan itu. 

“Amy akan diserang di media sosial gara-gara menolak permintaan seorang yang bergelar jutawan berpengaruh. Amy reda,” tulisnya. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

IQRAM DINZLY

Iqram Dinzly Syukur Nama Masih Jadi Sebutan Walau Lama Tak Keluar TV

Daqmie Tak Rasa Kecil Hati Sambungan Lagu Casablanca Telah Ditolak