in , ,

Penyanyi Amsyar Lee Mahu Cuba Kembangkan Bakat Dalam Lakonan

KEBOLEHAN meniru suara penyanyi seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Elizabeth Tan, telah membuatkan pendatang baharu dalam indusri seni iaitu Amsyar Lee mula dikenali ramai.

Amsyar sering menggunakan platform TikTok untuk menonjolkan bakatnya sehingga menerima pujian ramai dan menjangkakan dia mampu melangkah lebih jauh lagi dalam dunia seni suara.

Biarpun sudah mengeluarkan beberapa single sendiri, namun Amsyar masih terus membuat ‘cover song’ di TikTok dan laman Youtube miliknya.

“Amsyar masih lagi buat ‘cover song’ di media sosial kerana Amsyar tahu Amsyar dikenali dari situ dengan pandai meniru suara artis lain.

“Jadi, dengan munculnya solo baharu, Amsyar dapat buktikan Amsyar boleh menyanyi dengan suara asli sendiri,” jelasnya kepada URTV.

Amsyar Lee atau Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri,24, amat menghargai sokongan peminat terhadap video-video yang dimuat naik di media sosial.

“Saya akan ‘like’ semua komen yang muncul daripada video saya walaupun ada lima ribu komen,” katanya.

Dalam pada itu, Amsyar yang sebelum ini pernah berduet dengan Bunga Isme menerusi lagu Belai, bakal mengeluarkan single terbaharu bersama penyanyi hip hop terbabit pada tahun ini.

“Setakat ini, Amsyar belum rancang untuk berduet dengan artis lain kerana masih fokus untuk bergandingan dengan Bunga.

“Dengan izin Allah, lagu duet baharu akan keluar pada tahun ini juga,” kata anak kelahiran Perak ini.

Amsyar juga sudah bersedia untuk tampil ke dalam dunia lakonan sejurus selepas menamatkan pengajian di universiti.

Berjauhan dengan keluarga

Bercerita lanjut mengenai aktiviti berpuasa pada tahun ini, Amsyar mendedahkan dirinya terpaksa menyambut Ramadan jauh daripada keluarga disebabkan perlu menghadiri kelas pengajian di universiti.

Namun, perasaan rindu terhadap keluarga di Perak sedikit sebanyak terubat apabila dia dapat merasai pengalaman berbuka dan bersahur dengan rakan-rakan di tempat belajar.

“Sekarang ni, Amsyar banyak berbuka dengan rakan universiti atas sebab komitmen belajar dan jarak yang agak jauh. Siapa yang tidak rindu mahu berbuka dengan keluarga, bukan?

“Jadi, tiga hari sebelum menjelang raya, Amsyar akan balik ke Perak untuk berbuka dan beraya bersama keluarga,” jelasnya dengan nada teruja.

Untuk rekod, Amsyar merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda dari UiTM Puncak Perdana Alam di Fakulti Filem Teater dan Animasi. Dia masih perlu menghabiskan dua semester lagi sebelum menamatkan pengajian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gara-Gara Video Menari Baju Ketat, PU Syed Tegur Aliff Syukri

Siti Nurhaliza, Jay Jay & Ernie Bergabung Dalam Konsert Satu Suara Vol.3