in , ,

Ganjaran Eksklusif Samsung Sempena Pelancaran Siri Galaxy FE di Malaysia

Samsung meraikan #GalaxyTroop dengan Ganjaran Eksklusif bersempena Pelancaran Siri Galaxy FE di Malaysia

Samsung Malaysia Electronics mengumumkan pelancaran Galaxy S23 FE, Galaxy Tab S9 FE dan S9 FE+, serta Galaxy Buds FE di Malaysia. Siri ini menyediakan tawaran terbaik buat peminat Samsung – dari reka bentuk premium, prestasi canggih, kemampuan kamera dan audio terkini.

Ganjaran Eksklusif Samsung Sempena Pelancaran Siri Galaxy FE di Malaysia

Peranti-peranti ini juga bakal memberikan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati gaya hidup yang hiper-terhubung dan melonjakkan nyala rasa yang tersendiri.

Ganjaran Eksklusif Samsung Sempena Pelancaran Siri Galaxy FE di Malaysia

“Bersempena dengan pelancaran peranti-peranti FE yang paling Epic ini, kami meraikan peminat dengan pengalaman eksklusif dan barangan yang dikhususkan untuk #GalaxyTroop, serta ganjaran dan promosi yang tidak dapat diperolehi di tempat lain,” kata KM Liew, Naib Presiden & Ketua Mobile eXperience (MX), Samsung Malaysia Electronics.

Ganjaran Eksklusif Samsung Sempena Pelancaran Siri Galaxy FE di Malaysia

“Sertailah #GalaxyTroop untuk menikmati manfaat Epic hanya di Galaxy dan menjadi sebahagian daripada komuniti yang merangkul teknologi premium yang tiada tolok tandingannya.”

Siri Galaxy FE akan tersedia di Malaysia bermula 10 Oktober 2023. Sertailah #GalaxyTroop untuk menikmati promosi Eksklusif Peminat sehingga RM500, bersama dengan semua faedah lain! Anda yang membuat pembelian dari 10 Oktober hingga 30 November 2023 bakal menikmati promosi-promosi berikut:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PEKIN IBRAHIM

Pekin Ibrahim Belasah Pekerja Produksi Sebab Intai Pelakon Wanita di Lokasi

Netflix Rancang Untuk Naikkan Harga Pakej Selepas Mogok Berakhir