in

Game Show DoubLe, TriPle Or notHinG kiDs

DoubLe, TriPle Or notHinG kiDs!

Tarikh Siaran: 5 April 2009 – 28 Jun 2009
Masa :  Ahad, 9.30pm – 10.00pm

Hos: Rickman and MeiSim 

‘Game Show’ popular di 8TV kini kembali dengan versi baru khas untuk kanak-kanak! Double, Triple or Nothing Kids akan disiarkan bermula 5 April 2009 setiap hari Ahad jam 9.30 malam! 

Adakah anak anda bijak dalam matapelajaran matematik? Mampukah mereka mengira dengan pantas? Jika ya, mereka pasti akan terhibur dengan ‘game show’ yang bakal disiarkan di saluran hip 8TV ini!

Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim berkata, “Ini merupakan ‘game show’ yang hebat dan menghiburkan untuk kanak-kanak di luar sana. Bukan hanya memberikan hiburan semata-mata, malah ‘game show’ sebegini mampu meningkatkan IQ kanak-kanak.”

Para peserta akan diuji dengan soalan-soalan matematik yang banyak bermain dengan angka dan perlu menjawab sepantas yang mungkin. Antara segmen yang terdapat di dalam Double, Triple or Nothing Kids ini ialah meneka formula, meneka harga dan beberapa soalan matematik yang rumit.

Markah-markah mereka akan digandakan sekiranya mereka dapat menjawab dengan tepat namun mereka akan kehilangan kesemua markah jika memberikan jawapan yang salah. 

Personaliti popular MeiSim dan Rickman telah diberi tanggungjawab menjadi pengacara untuk  Double Triple or Nothing Kids. Peserta tidak perlu menjadi seorang genius dalam matematik tetapi yang paling penting ialah mereka boleh berfikir dengan tenang dan menjawab dengan pantas.

Jangan lupa untuk menyaksikan ‘game show’ kegemaran ramai Double, Triple or Nothing Kids hanya di 8TV. Program ini akan memulakan siarannya pada 5 April 2009 jam 9.30 malam. Anda juga dapat menonton siaran 8TV melalui saluran 708 Astro anda!

Anda kini dapat menonton program kegemaran anda melalui telefon bimbit dengan melayari ke www.mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bong Musim ke 6 Lakonan Ikhwan, Mustapha Kamal, Jasmin Hamid

Gambar Sekitar Ulangtahun TV9 Kini Tiga Tahun