in , , ,

Gambar Selebriti di Sidang Media Program Istimewa TV9 Disember

Pada jam 3 petang semalam, Budiey sempat hadir di Sidang Media Program Istimewa TV9 Disember yang diadakan di Executive Dining, Sri Pentas, Bandar Utama. Dihoskan oleh Shafek – hos Chopp TV9, sidang media ini turut dihadiri oleh para pelakon drama dan penerbit drama yang terlibat.

Para media yang hadir juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa iPod Touch bernilai RM799 dan iPod Dock. Yang bertuah adalah wartawan dari Utusan Melayu dan seorang lagi Budiey tak ingat dari media mana satu. Tahniah buat kedua-duanya.

Sebelum itu, Budiey nak war-warkan tentang kumpulan PADI yang menjadi pelantun untuk lagu tema Upin & Ipin Sahabat Selamanya akan terbang ke Malaysia dan akan turut hadir di Sidang Media yang dianjurkan oleh Les’ Copaque.

Sidang media ini diadakan adalah untuk mengumumkan senarai program terbaik dari TV9 yang akan disiarkan sepanjang bulan Disember. Tulah, pejam celik pejam celik, 2010 dah pun nak berlabuh tirainya. 2011 akan hadir bersama dengan harapan dan seribu tanda tanya. Semoga semua selamat. Dan jangan lupa bulan Januari ini ada dua event yang akan dianjurkan oleh Budiey.com iaitu Pre-Party Tayangan Filem Khurafat dan Party Ulangtahun Budiey.com yang ke-4.

Shafek
Shafek selaku hos majlis sidang media TV9

Sidang media ini juga menayangkan sedutan ringkas yang dipetik dari drama-drama terbaru TV9. Dan juga ada sesi memperkenalkan para pelakon dan penerbit drama yang terlibat.

Setiap Rabu jam 10.30 malam di TV9 akan ditayangkan tele-filem  terbaru termasuklah:

  1. Drama Aku, Kau & Dia – 1 Disember, 10.30 malam
  2. Teh O Ais Limau – 8 Disember, 10.30 malam
  3. Duda Berhias – 15 Disember, 10.30 malam
  4. Haruskah Aku Mati, 22 Disember, 10.30 malam
  5. 5 Disember, 29 Disember, 9.30 malam

Kemeriahan sepanjang Disember ni tak henti dengan tele-filem ini sahaja. Tapi untuk adik-adik yang sekarang ni sedang seronok cuti sekolah, disediakan juga beberapa rancangan kegemaran termasuklah juga peraduan hebar yang mesti disertai iaitu Peraduan Tonton dan Menang Yeah Yeah Cuti Sekolah dan Peraduan Tulis dan Menang di mana adik-adik hanya perlu menonton kartun Perman yang telah pun memasuki musim kedua, musim terbaru Upin & Ipin serta Kochikame setiap minggu dan jawab soalan-soalan senang yang dikemukan bersama slogan terbaik.

Hadiah-hadiah menarik seperti permainan PSP, iPod Nano, PS3 dan beberapa barangan eksklusif menanti adik-adik semua.

Kochikame akan disiarkan di TV9 setiap Khamis bermula 2 Disember jam 7 malam. Musim kedua Perman akan ditayangkan pada 3 Disember setiap Jumaat jam 7 malam. Turut dimuatkan adalah kartun Tamagotchi pada setiap hari Sabtu, jam 6 petang pada 25 Disember ini. Masked Rider Kiva akan menghiburkan adik-adik pada setiap hari Ahad, jam 6 petang mulai 26 Disember ini.

TV9

Karnival Upin & Ipin akan diadakan di Melaka Wonderland pada 4-7 Disember bermula jam 7 pagi hingga 6 petang dan seterusnya di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 24 hingga 28 Disember 2011 bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.

Di Karnival ini, ibu bapa berpeluang untuk membeli keperluan barangan sekolah untuk anak-anak pada harga yang berpatutan.

TV9

Encik Ahmad Puad Onah sedang melekatkan promosi drama Haruskah Aku Mati

TV9

Puan Ziela Jalil, penerbit drama 5 Disember

TV9

TV9

Antara pelakon yang turut hadir:

TV9

Roy Azman

TV9

Zulhuzaimy

A. Aida

Penerbit A.Aida aka kakakku yang sering meletop berkontroversi. Fuhyoo daringnya pose. Hehe 🙂

TV9

Fauzi Nawawi

TV9

Lisdawati, anggun dan elegan dengan rona hitam pputih.

TV9

Romantiknya

Fazurina

Siti Fazurina, makin comel dia.

Almy

Almy Nadia, pelakon drama Teh O Ais Limau

Wan

Wan Sharmila

Zaryn Min

Zaryn Min

Isma

Azma aka Isma Yusof yang sempat lagi datang sidang media walaupun tengah sibuk di lokasi pengambaran Teh O Ais Limau.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Malam Premiere Filem Aku Tak Bodoh

Suria FM Sambut Ulangtahun Ke-3 Penuh Bermakna