in ,

Suria FM Sambut Ulangtahun Ke-3 Penuh Bermakna

Dengan hanya bermula di sekitar Lembah Klang dan Kota Kinabalu, Suria FM – sebuah stesen radio di bawah Syarikat Rimakmur Sdn Bhd dengan perlahan-lahan mengembangkan siarannya. Sehingga pada 24 Disember 2007, radio yang terkenal dengan tagline MUZIK TERBAIK 90AN DAN TERBARU ini secara rasminya boleh didengar di seluruh Semenanjung Malaysia.

Semalam, 25 November 2010, maka genaplah 3 tahun usia Suria FM. Budiey dengan itu, ingin mengucapkan selamat menyambut ulangtahun ke-3 buat Suria FM. Setahun lebih muda dari dari usia Budiey.com. Hehe, tapi 3 tahun Suria FM kini sudah banyak mencipta sejarah dan kematangannya semakin hari semakin menyerlah. Tahniah buat Suria FM. Terima kasih juga buat radio ini kerana tidak henti-henti menyokong blog budiey.com. Ini kerana kami saling memerlukan antara satu sama lain. Kerjasama antara Suria dan budiey.com memang diikat kejap dan utuh seawal tahun pertama lagi. Terima kasih Suria FM.

Suria FM 3 Tahun

Majlis sambutan Ulangtahun Ke-3 telah pun berlangsung semalam di Studio V, One Utama dengan mengumpulkan pendengar setia, media, artis dan juga penaja. Majlis penuh ringkas tapi cukup meriah itu bermula seawal jam 5 petang. Tetamu turut dihidangkan dengan persembahan dari artis jemputan, hidangan masakan Melayu yang enak dan pelbagai permainan.

Sesi belah kek hari jadi Suria FM berlangsung pada jam 5 petang.

Suria FM 3 Tahun

Diraikan bersama dengan penyampai popular Suria FM dan juga para artis jemputan.

Suria FM 3 Tahun

Budiey lihat ramai sungguh artis dan selebriti yang hadir. Mereka juga tak lupa untuk menulis ucapan di Wall Fanpage Suria FM yang kini diselenggara oleh rakan baik Budiey sendiri, Julia Shapie. Wah, bukan main seronok lagi Julia bila ditugaskan untuk jadi penyelenggara Fanpage dan Twitter. Huhu, sorry Julia kalau rahsia you dah bocor hehe. Budiey pun turut sama diberi peluang mencoret dan menitip ucapan tahniah di dinding Fanpage Suria FM yang kini dah menjangkau lebih dari 99,131 ribu peminat. Peningkatan yang sangat memberangsangkan kerana facebook ini dilihat mencapai kenaikan bermula pada bulan April tahun ini.

Antara selebriti yang hadir…

farina

Farina

senoritas

Senoritas

Suria 3 Tahun

Azharina

altimet

Altimet

Sabhi Saddi

Sabhi Saddi

Faradhiya

Faradhiya

dior

Dior berimej baru yang lebih matang.

ifa raziah

Ifa Raziah

Banyak lagi gambar artis yang akan disiarkan. Budiey nak kena keluar ke event sebentar. Jap lagi nak tonton filem Due Date. Stay tuned okay?

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Baru 3 tahun ke Suria FM ni ??? Bukan ke dah lama rasanya wujud ?? Walaupun bukan pendengar Suria FM.. tapi bila sebut Suria FM mesti sinonim dengan Engku Emran:-)

  2. Apasal aku nengok dagu si Azharina tu macam runcing semacam jek? Cocok gak ke? Dulu tak camtu pun….

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Sidang Media Program Istimewa TV9 Disember

Peraduan Jom Menonton Filem Bruce Lee, My Brother