in

Gambar Selebriti di Pelancaran Festival Muzik Kuala Lumpur 2011

KONSERT UTAMA
FESTIVAL MUZIK KUALA LUMPUR 2011
1 – 3 JULAI 2011, 8.30 MALAM di ISTANA BUDAYA

FESTIVAL MUZIK KL 2011 DI ISTANA BUDAYA, 1-3 JULAI

Festival Muzik Kuala Lumpur 2011 (FMKL 2011) akan berlangsung dari 1 – 3 Julai di Panggung Sari dan pekarangan Istana Budaya, Kuala Lumpur. Bagi meneruskan tradisi sejak mula festival ini diadakan bermula pada 1 Julai 2005 yang lalu, FMKL yang masuk tahun ke-7 (tujuh) penganjurannya pada 2011 ini merupakan satu proses penjanaan aktiviti seni muzik yang direncanakan oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) dan sebagaimana lazimnya menjadi antara sorotan utama bagi pembuka tirai FMKL.

Semenjak penganjurannya pada tahun 2005, FMKL telah berjaya menarik hampir 30,800 orang pengunjung dan peminat seni muzik tanah air, termasuk peminat dari negara jiran berdekatan.

Artis Fmkl 2011

Penganjuran FMKL 2011 kali ini menampilkan pelbagai kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sebanyak lima (5) pengisian utama bagi festival yang merangkumi Konsert Utama, Konsert [email protected] Beringin, Pertandingan, Seminar Muzik dan Jualan serta Pameran Produk Muzik. Pendekatan ke arah penyemarakkan muzik di kalangan generasi muda ditekankan apabila pelbagai ‘genre’ muzik yang bukan sahaja untuk golongan ‘elit’ tetapi pandangan serta minat anak muda menjadi landasan FMKL 2011 kali ini.

Berunsurkan muzik untuk semua rakyat, pendekatan melalui pemilihan artis serta pengisian program jelas mempertaruhkan tujuan tersebut. Persembahan setiap malam pada 1-3 Julai di Konsert Utama yang bertemakan “Kembara Muzik: Klasik ke Kontemporari” mengajak khalayak untuk mengembalikan nostalgia muzik klasik dan meraikan muzik kontemporari di pentas berprestij, Panggung Sari, Istana Budaya.

Dayang Nurfaizah

Dayang Nurfaizah

Pertaruhan artis veteran hinggalah yang baru menepati tema persembahan muzik klasik ke kontemporari, mana kala muzik iringan terdiri dari gabungan pemuzik Malaysian All Stars dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM); FMKL 2011 mengajak penonton meneroka sejarah perkembangan muzik tanah air dalam satu pengembaraan muzik. Justeru, penampilan nama-nama besar dalam industri seperti Dato’ Khatijah Ibrahim, Dato’ M. Daud Kilau, dan bintang-bintang kontemporari generasi muda seperti Aizat, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, One Nation Emcees, Najwa Mahiaddin, Azlan & the Typewriter dan Suki Low mendapat tempat dalam festival kali ini. FMKL turut mengetengahkan barisan kumpulan indie yang sebahagian besarnya mendapat slot bagi Konsert Terbuka @ Laman Beringin (pekarangan Istana Budaya) sama ada Konsert “unplugged” atau “indie” terdiri daripada kumpulan Tilu, Father Father, Fauziah Gambus & Band, House of 5, Ayu Jazzrin, Johnny Comes Lately, Asfar Alias dan Cynosure.

Untuk konsert utama di Panggung Sari, Istana Budaya, tiga tema dipilih di mana setiap persembahan akan menampilkan konsep Klasik, Nusantara dan Sejagat dalam satu malam selama tiga malam berturut-berturut.

Pembuka tirai persembahan pada 1 Julai 2011 – Penyanyi jemputan, Dato’ Khadijah Ibrahim, Dayang Nurfaizah dan Aizat akan menjadi artis undangan mana kala One Nation Emcees akan menguasai pentas pada setiap malam dari 1 hingga 3 Julai. Malam kedua iaitu pada 2 Julai, suasana muzik yang berentak ‘soul’ lebih mewarnai konsert dengan penampilan istimewa Najwa Mahiaddin, Suki OIAM, Dato’ M. Daud Kilau, Bahbola dan One Nation Emcees. Malam Ketiga, 3 Julai pula akan mengetengahkan irama yang pelbagai sifatnya dengan artis jemputan Jaclyn Victor, Azlan & Typewriter, Dato’ M. Daud Kilau dan Bahbola.

Aizat

Aizat

Dengan barisan artis yang terpilih dan muzik iringan dari Malaysian All Stars dan OTM di bawah pimpinan Pengarah Muzik, Aubrey Suwito; FMKL 2011 pastinya menjanjikan satu kelainan yang mengesankan apatah lagi dipersembahkan di pentas berprestij, Panggung Sari.

Festival kali ini menjadi satu medium bagi bakat-bakat baharu mengetengahkan diri mereka melalui Konsert Laman Beringin yang menampilkan tema seperti “Bintang IPT”, “Unplugged” dan “Indie” yang akan berlangsung sebelum konsert-konsert utama di dalam Panggung Sari. Begitu juga bagi slot Pertandingan @Laman Beringin yang membariskan Pertandingan Akustika Gitar Gempaq, KL Got Talent dan Kompang Challenge yang dijangka akan memeriah serta memberi impak baru kepada suasana festival tiga hari di Istana Budaya.

Seminar Muzik yang berlangsung pada 2 Julai di Auditorium Balai Seni Lukis Negara pula akan menampilkan tokoh-tokoh penceramah dalam bidang muzik seperti Fauzi Marzuki – (Bagaimana menghasilkan karya hebat), Norman Abd. Halim (Pemasaran Muzik), Ong Peng Chu (Muzik dan Masyarakat) dan Ayob Irahim (Kerjaya Prospek Muzik Tradisional). Yuran Pendaftaran seminar hanya bernilai RM50 bagi pelajar mana kala RM80 (Orang awam) boleh dibayar semasa pendaftaran. Seminar sehari ini akan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Wadah (showcase) bagi festival tersebut akan dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur pada 18, 19 dan 25 Jun yang menampilkan beberapa artis yang terlibat dalam festival untuk memberikan sedikit gambaran kepada khalayak tentang FMKL ke arah usaha menyemarakkan Kuala Lumpur sebagai kota seniman dan memelihara muzik yang telah menjadi sebahagian dari budaya masyarakat Malaysia.

JKKN ialah sebuah agensi di bawah KPKK yang menjalankan aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian di Malaysia. FMKL 2011 dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bersama Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama Istana Budaya dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (selaku urus setia).

Info/maklumat lanjut mengenai FMKL 2011 boleh dicapai secara terus dengan melunsuri www.klfestival.org.my.

Dayang &Amp; Daud Kilau

One Nation Emcess

Suki

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Comment Judges Magic Top 5 Showdown

Daus Pengacara Musim Baru Intrend