in

Daus Pengacara Musim Baru Intrend

Daus Pengacara Musim Baru Program Remaja, Intrend di RTM Mulai 9 Julai Ini

Tampil dengan imej yang lebih segar, program majalah yang mengupas pelbagai isu berkaitan dunia remaja kini, Intrend kini kembali menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 9 Julai 2011, setiap Sabtu, jam 3.30 petang di TV2 dengan menjanjikan segmen-segmen yang lebih santai dan penuh informasi.

Malah program yang masuk musim keempat siarannya ini turut menampilkan kemunculan pengacara baru, Daus yang popular dengan lagu Kenapa bakal bergandingan dengan Mimie Haris yang kekal mengacarakan program terbitan Norhaslita Hasnan, Unit Majalah dan Dokumentari RTM ini. Tidak ketinggalan program ini masih mengekalkan pengacara lokasinya, Ean dalam ‘menghidupkan’ program ini.

Intrend

Gandingan ketiga-tiga pengacara ini dilihat mampu menarik minat golongan remaja untuk terus menyokong Intrend memandangkan karektor dan personaliti mereka yang bersahaja serta ceria sesuai dengan gaya hidup remaja masa kini.

Intrend memaparkan pelbagai topik berlainan setiap episod mengisi segmen-segmen yang ada termasuk Jom Santai, Jom Layan, Jom Tengok dan segmen Info atau Tips. Dalam segmen Jom Santai, penonton dibawa melihat aktiviti individu atau artis remaja yang sesuai dengan topik pilihan.

Jom Layan memaparkan pelbagai pilihan Klip Video Artis Tempatan dan Antarabangsa disamping membawakan pratonton filem terkini di pawagam. Manakala segmen Jom Tengok pula berkongsi Aktiviti Remaja, Artis atau sesuatu Organisasi, Agensi mahupun IPT / IPTS secara berkumpulan yang berkaitan dengan topik mingguan.

Segmen yang memberikan informasi kepada remaja tentang isu atau tips, Info atau Tips pula dilihat dapat membantu remaja yang disampaikan bersesuaian berkaitan topik yang diperbincangkan setiap minggu.

Intrend musim baru ini menariknya turut menyediakan pelbagai hadiah hebat untuk penonton setia melalui kuiz mingguan Intrend. Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah CD lagu-lagu terbaru, Voucher makanan dan juga Voucher untuk bermain di Taman Tema yang terkenal.

Intrend

Intrend

Intrend

Intrend

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Pelancaran Festival Muzik Kuala Lumpur 2011

World Refugee Day