in ,

Gambar Sekitar Malam Penghargaan Metrowealth

Budiey baru sahaja pulang daripada Majlis Penghargaan Metrowealth yang diadakan di Emperial Ballroom, One World Hotel, Dataran Bandar Utama, Petaling Jaya pada jam 8.30 malam, 15 November 2007. Malam yang penuh meriah dan mewah eksklusif ini dihoskan oleh penyampai Sinar FM, Raja Azura dan hos MHI, Ahmad Fedtri Yahya. Dihadiri oleh puluhan artis, penyanyi, selebriti, pelakon, VIP dan ratusan media wartawan. Terima kasih Metrowealth kerana sudi menjemput team Sensasi Selebriti. Terima kasih dan tahniah kepada orang kuat pengawai promosi Metrowealth, Azahari kerana mendapat sebuah rumah teres! Huhu… pakcik kayo kayo! Saya rasa korang akan dapat lagi selepas filem Congkak yang saya kira menggunakan resepi yang sama dengan filem Jangan Pandang Belakang cuma diadun dalam acuan yang berbeza. Tunggu filem Congkak yang akan ditayangkan tahun hadapan. Budiey sudah pun menonton trailer filem garapan Pierre Andre ini. Memang menyeramkan!

Majlis bagi menghargai para karyawan, media dan krew serta staff Metrowealth ini diraikan bak festival filem dengan peruntukan lebih RM1.7 juta! Sudah tentu ini adalah impak daripada keuntungan dan kejayaan besar filem Melayu Paling Seram iaitu filem Jangan Pandang Belakang. Terlebih dahulu, Budiey ingin mengucapkan tahniah kepada semua warga kerja filem ini kerana telah mendapat habuan berupa wang tunai sebagai bonus. Anugerah Khidmat Cemerlang juga telah disampaikan… tahniah buat pengarah filem JPB, Ahmad Idham kerana telah dihadiahkan sebuah kereta Mercedes! Huhu!

Para media wartawan juga turut menerima trofi dan sijil sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada kejayaan Metrowealth. Dan ini ada beberapa gambar sekitar majlis ini…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Battlestar Galactica Lakonan Edmund James Olmos di 8TV

Senarai Pemenang Parti Eh! 20 Yang Anggun 2007