in

Battlestar Galactica Lakonan Edmund James Olmos di 8TV

Battlestar Galactica – Siri TV Sains Fiksyen Terhangat di Amerika kini di 8TV

Hari: Setiap Isnin
Masa: 9.30 malam – 10.30 malam

Berita baik buat penggemar drama-drama berunsur sains fiksyen! Drama bersiri terhangat di Amerika Syarikat yang telah memenangi anugerah Emmy, Battlestar Gallactica kini disiarkan di 8TV pada setiap hari Isnin jam 9.30 malam.

Drama siri popular ini menonjolkan Edmund James Olmos sebagai Komander Wiliam Adama dan Mary McDonell sebagai Presiden Laura Roslin mengisahkan tentang perjalanan hidup manusia dari ‘Twelve Colonies of Man’ selepas pencetusan nuklear dari ‘Cylons’.

“Kami di 8TV amat teruja dengan kedatangan musim baru Battlestar Gallactica kerana penonton dapat merasai unsur-unsur suspens yang terdapat dalam drama ini apabila takdir bayi Sharon dibongkar, kekejaman manusia dan kesudahan kisah cinta Starbuck,” menurut Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan Kumpulan di 8TV, Cik Airin Zainul.

Kisah ini mengikuti perjalanan hidup krew Battlestar Gallactica, yang merupakan askar kapal perang ‘Colonial’ yang hampir dihancurkan sebelum kelahiran ‘Saga’.

Punca utama peperangan dalam drama ini ialah apabila ‘Cylon’ menyerang menggunakan serangan nuklear ke atas ‘Twelve Colonies’ yang hampir memupuskan seluruh keturunan manusia sejagat. Pada mulanya ‘Cylons’ dicipta oleh  manusia untuk berkhidmat sebagai askar dan hamba memberontak sebelum menentang pencipta mereka.

‘Gallactica’ telah menjadi tempat perlindungan kepada yang mereka terselamat dari perang atau anggota-anggota ‘Galactica’ yang kurang dari 50 000 orang.

Battlestar Gallactica telah menarik perhatian penonton seluruh dunia dengan unsur-unsur sains fiksyennya yang lebih menonjolkan kuasa kejahatan berbanding dengan drama-drama sains fiksyen yang lain.

Drama bersiri ciptaan Ronald D. Moore telah menerima pelbagai anugerah seperti Emmy, Peabody, Hugo dan Saturn. Drama ini pertama kali disiarkan pada bulan Oktober 2004 di United Kingdom dan Ireland di saluran Sky One. serta di Amerika melalui saluran ‘Sci Fi’ pada 2005.

Untuk mengetahui kesudahan tentang drama bersiri hangat ini, pastikan anda terus menonton 8TV pada setiap hari Isnin, jam 9.30 malam atau secara alternatif melalui saluran 708 di Astro.

2034057253 Db4F4C75F7 | 4

[tags]Battlestar Galactica, 8tv drama usa, cerita tahun baru, christmas wish, photo drama Battlestar Galactica, Edmund James Olmos, Mary McDonell[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu Sebelum Cahaya – Letto Don’t Make Me Sad

Gambar Sekitar Malam Penghargaan Metrowealth