in

Gambar Sekitar Larian The Music Run 2014

Jika anda suka berjalan, menikmati muzik atau hanya ingin berseronok pada awal pagi Ahad, maka anda merupakan salah satu daripada beribu pelari yang mengunjungi Selangor Turf Club di Sungai Besi Ahad lalu, 23 Mac, untuk berlari sambil mendengar lagu-lagu kegemaran di The Music Run (TMR) oleh AIA. TMR adalah salah satu daripada acara larian 5km yang paling unik dan menarik yang pernah diadakan di Malaysia, yang menyediakan satu platform bagi peserta untuk berlari, berjalan atau menari melalui lima zon muzik berjarak 1km setiap zon yang mewakili genre muzik yang berbeza: Pop Divas, Indie Rock, Pop Kings, Hip Hop dan Dance. Hotlink, jenama prabayar Maxis, adalah Penaja Telekomunikasi Rasmi TMR.

[pullquote]Hotlink adalah Penaja Telekomunikasi Rasmi acara larian 5km. Para pelari menikmati pelbagai aktiviti di zon Hotlink yang bertemakan ‘Pop Kings’[/pullquote]

Di acara tersebut, para pelari memakai gear senaman mereka pada awal pagi dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan muzik di zon ‘Pop Kings’ Hotlink, termasuk ‘selfies’ dan bergambar dengan penyamar selebriti. Para pelari juga bergambar bersama ‘cut-out’ penyanyi-penyanyi pop lelaki terkenal seperti Justin Timberlake, Bruno Mars dan Robin Thicke. Pada akhir larian 5km tersebut, pelari juga dapat mendapatkan ais krim percuma di gerai Hotlink.

Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis, berkata:

“Hotlink sudah sekian lama menjadi jenama yang menyeronokkan dan dinamik. Kami gembira dapat menjadi sebahagian besar daripada acara unik ini yang sesuai dan relevan dengan jenama kami. Kami juga amat teruja untuk memberikan para pelanggan pengalaman ini yang menggabungkan kuasa muzik dan gaya hidup aktif. Penyertaan kami dalam ini acara ini adalah salah satu daripada aktiviti-aktiviti menarik yang kami sediakan untuk para pelanggan pada tahun ini!”

Jenama Hotlink diwakili oleh pelan prabayarnya yang mampu mengubah segment prabayar, #Hotlink, satu-satunya proposisi prabayar yang menawarkan pengalaman internet ‘sentiasa terhubung’ dengan internet asas berterusan percuma dan internet berkelajuan tinggi pada hanya RM1 sehari. Pelan ini juga mewakili kategori baru penggunaan internet mudah alih, yang menghapuskan halangan kemasukan yang tinggi kerana tiada caj setiap kali penggunaan (pay-per-use charges), menjadikan ia satu produk yang sesuai yang bertujuan untuk meluaskan akses kepada internet.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai #Hotlink, lawati www.hotlink.com.my.

Gambar Sekitar Larian The Music Run

Gambar Sekitar Larian The Music Run

Gambar Sekitar Larian The Music Run

Gambar Sekitar Larian The Music Run

Gambar Sekitar Larian The Music Run

Gambar Sekitar Larian The Music Run

Gambar Sekitar Larian The Music Run

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Tutor TV SPM Anjur Kempen Keputusan SPM 2013

Anak Sulung Che Ta Dapat 9A Mahu Hadiah Kereta Sport?