in

Anak Sulung Che Ta Dapat 9A Mahu Hadiah Kereta Sport?

Anak sulung kepada selebriti popular, Rozita Che Wan atau Che Ta iaitu Ammar Effendy, 18, cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila memperolehi 9A dalam peperiksaan itu. Keputusan itu adalah bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Agama Islam, Sejarah, Ekonomi, Geografi dan Akaun.

Ammar merupakan pelajar Kolej Yayasan Saad, Melaka, berkata, dia tidak sangka memperoleh kejayaan tersebut, namun percaya berkat dan doa kedua-dua ibu bapanya memudahkannya lagi mendapat keputusan yang cemerlang.

Anak Sulung Che Ta Dapat 9A Mahu Hadiah Kereta Sport?

“Alhamdulillah, syukur atas kejayaan ini. Selain usaha, saya percaya doa ibu dan ayah membuatkan saya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Apa-apapun, ini baru sahaja permulaan untuk meneruskan cita-cita saya di bidang Pelaburan Pembankan.”

Selain berhasrat untuk melanjutkan pengajian di luar negara dia turut mengimpikan hadiah yang cukup istimewa daripada keluarganya.

“Saya mahu sebuah kereta sport. Lesen kereta saya dah ada…Kalau ‘mommy’ nak hadiahkan kereta sport sudah tentu saya gembira. Pesan saya kepada mereka yang bakal mengambil peperiksaan SPM supaya bekerja keras kerana bukannya mudah untuk mendapat keputusan cemerlang. Mulakanlah pengajian secara bijak dan kerja keras dari tingkatan 4 bagi memastikan apa yang diingini tercapai. Alhamdulillah, saya bakal menyambung pengajian di University of Nottingham yang berlokasi di Semenyih pada Mei ini dalam bidang pengurusan perniagaan.”

Bersandarkan keputusan cemerlang dari peperiksaan percubaan SPM yang lalu, permohonannya untuk memasuki University of Nottingham telah pun diluluskan dan bakal menyertainya pada Mei depan.

Rozita turut meluahkkan perasaan gembiranya menerusi foto sijil keputusan anaknya itu yang dimuat naik dalam Instagram miliknya dengan kapsyen:”Congratulation sayang. Im so proud of you.”

Ditanya apakah rahsia kejayaan Ammar sehingga mampu meraih keputusan yang cemerlang, katanya, dia memastikan untuk mengulang kaji pelajaran selepas habis sekolah bagi mengingati semula apa yang telah diajar di sekolah. Malah, Ammar turut aktif dalam aktiviti sukan bagi meningkatkan daya ingatan serta kepantasan IQ dalam berfikir. Tambah Ammar, dia akan melanjutkan pengajian dalam bidang Pengurusan dan Perniagaan di kampus Universiti Nottingham yang terletak di Semenyih selama setahun bermula Mei ini.

“Buat sementara waktu, saya akan belajar selama setahun di Semenyih sebelum menyambung pengajian ke universiti tersebut di United Kingdom (UK).”

Selain Ammar, Rozita turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Aniq Ezzra, 16.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Larian The Music Run 2014

Arja Lee Lancar Single Pertama Cerita Pada Mereka