in , ,

Gambar Sekitar Malam Gala Filem SUMOLAH Movie

Walaupun filem Sumolah mempunyai struktur filem yang kuat… kekuatannya terserlah pada permulaan dan juga pengakhiran filem. Namun, ada beberapa babak yang meleret. Saya juga agak keliru seandainya watak Ramlee sebagai Mat Rempit tidak dipersembahkan sepenuhnya. Tidak ketara sangat pun watak rempit yang dipegang Ramlee kerana tidak ditunjuk barang sekali pun, Ramlee berlumba di jalanan. Melainkan dialog “Dewa Mat Rempit kembali lagi!”

Penonton filem ini mungkin tertanya dari mana idea-idea penceritaan plot ini diperolehi. Sudah tentu, penulis asal Sumolah iaitu Michihiro Kubota. Mungkin beliau ada alasannya sendiri untuk bercerita dengan sebegitu rupa. Mengikutinya, idea cerita ini ditulis pada tahun 2003. Ketika itu rupanya dia adalah pemerhati kepada bakat hebat pelakon Malaysia iaitu Afdlin Shauki.

Dari inspirasi itu, ditokok tambah dengan idea dari Afdlin, maka timbulnya idea untuk menggabungkan perlawanan Sumo serta budaya Jepun yang berlatar belakangkan bumi Malaysia dalam sebuah filem. Filem ini mulanya bertajuk NOKOTTA iaitu satu prinsip atau kata-kata perangsang orang Jepun bermaksud, semangat yang tidak mengenal erti putus asa. Berusaha sehingga berjaya dan berjuang hingga ke titisan peluh yang terakhir.

Menang atau kalah, bukan penentunya. Dari situ, cerita Sumolah juga digarap berdasarkan kisah seorang lelaki yang cuba untuk menjadi seorang manusia berguna. Berguna pada ibunya, berguna pada kawan-kawannya, dan berguna pada orang di sekitarnya.

Ini dia penulis asal Sumolah, Michihiro Kubota. You rock steady la bro! Japang mali!

488539268 58E88Ef55A O | 4
488566425 F0101Cfe9E O | 5
Pelakon komedi, Syanie Hisham
488542178 716B16Acb0 O | 6

Gambar pelakon filem Jangan Pandang Belakang, Pierre Andre. Tahniah, filem anda telah berjaya mengutip kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman negara iaitu RM6.2 juga. Filem yang mendapat sambutan luar biasa di Singapura ini juga akan dibawa ke Filipina. Wow! Untung besar. Boleh buat kenduri ni. Jangan lupa jemput Sensasi Selebriti ya…

488568603 5F87637Fdb O | 7

Dayang Nurfaizah juga hadir bersama pengurusnya. Nantikan album terbaru Dayang berkonsepkan R&B pada November tahun ini. Antara lagu yang termuat adalah lagu yang menjadi lagu tema kepada drama Emil Emilda lakonan Syarifah Amani di TV3 berjudul Ingin Kumiliki ciptaan Audi Mok.

489049449 4D3C25631D O | 8

Ini dia peminat nombor satu Afdlin Shauki iaitu Amylea. Siap ambik autograf Afdlin. Bersama bekas pelajar AF5, Afiq. Erin mesti suka tengok gambar ni, kan Erin kan? Untuk info kalian, Afiq kini sibuk dengan show dan konsert di bawah pengurusan Maestro.

488541538 18E66Ca1D1 O | 9
Azean Irdawaty

Pose meletop dari pelakon Datin Diaries, auntie Azean Irdawaty. Masih cantik kan?

488569081 62Ee77Aa8E O | 10

Pelakon tambahan Sumolah sempat pose aksi Rikishi… tolak bang, jangan tak tolak. 🙂

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Afdlin Shauki 1 | 37

Meriahnya! Ini Gambar Selebriti di Malam Gala SUMOLAH

Jaclyn Victor | 38

Gambar Peminat Jaclyn Victor di Anugerah Industri Muzik 14