in , ,

Gambar Kahwin Elyana dan Khairul: Gubahan Hantaran

Semasa terima SMS jemputan dari pengurus Elyana, mulanya memang rasa tak sangka dan terharu sebab berpeluang untuk menyaksikan penyanyi Kalis Rindu ini diijabkabulkan.

Mulanya, agak sesat juga Budiey semasa mencari Duchess Place yang agak tersorok sedikit di Jalan Ampang. Hampir putus asa juga mencari, tapi mungkin dah ditakdir, Budiey dapat memijakkan kaki di lokasi di mana menjadi saksi cinta kasih yang utuh antara Elyana dan Khairul.

Tanggal 19 November 2010, Jumaat dipilih untuk menjadi tarikh yang pasti akan disemadi di lubuk jiwa pasangan ini sebagai tarikh mereka dinikahkan. Majlis penuh sederhana tetapi kemeriahannya sangat terpancar jelas. Bermula dengan ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis pada jam 8.30 malam iaitu selepas Isyak sejurus tibanya Tuan Imam dari Masjid Al-Akram iaitu Ustaz Azizan Bin Othman di dalam dewan.

Untuk part 1, Budiey mahu meletakkan gambar hantaran dari pihak pengantin perempuan iaitu 7 dulang hantaran. Rombongan lelaki juga turut membawa sebanyak 7 dulang hantaran. Sebagai balasan, pihak perempuan membalas dengan sireh junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, sepasang sepatu, dompet, set haruman dan buah-buahan.

Majlis pernikahan ini diserikan di atas mahligai berkonsepkan pengaruh senibina Islam dengan sentuhan moden direka khas oleh Ari dari Ari Wedding Couture, Ampang. Ari Wedding juga Couture juga dipertanggungjawabkan untuk menghias dan mengubah hantaran di majlis pernikahan ini.

Lama betul tak tengok Elyana dan ini dia gambar terbaru Elyana. Sedang menanti detik dan tibanya buah hati tersayang hadir sebagai suami.

Elyana Kahwin

Cantikkan Elyana. Makin kurus. Patutlah dah turun 7kg berat badan dia. Habis tu, nak naik pelamin, kenalah cantik.

Sebelum tu, Budiey nak letak gambar Anita Baharum yang satu-satunya selebriti wanita yang hadir di majlis akad nikah Elyana tadi. Wah, berseri-seri Anita, macam dia pulak nak kahwin… hehe gurau je. Dramatis ni turut hadir bersama anak dan suaminya.

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Wedding Elyana: Gubahan Hantaran Lelaki

Busana Kurung Moden Akad Nikah Elyana Rekaan Hatta Dolmat