in , , ,

Busana Kurung Moden Akad Nikah Elyana Rekaan Hatta Dolmat

Di entri ini, Budiey mahu meletakkan beberapa gambar potret Elyana sebelum dan selepas penyanyi ini menjadi isteri kepada Khairul Anuar Husin.

Sebelum terlupa, Budiey ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat Elyana. Ringkas je ucapan Budiey sebab semalam krew video rasmi wedding Elyana ada ambil ucapan panjang lebar dari Budiey, jadi bolehlah tonton nanti. Hehe.

Untuk tampil anggun di majlis akad nikah, Elyana telah memberi peluang kepada pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat dari Adi Busana Hatta Dolmat Couture untuk mencipta satu persalinan berupa busana kurung moden yang berwarna biru firus Tiffany. Dihiasi dengan kemilau jemaki berwarna putih dengan sentuhan sulaman lembut mawar putih.

Dikatakan lebih dari 3000 batu swarozki telah diuliskan di atas busana istimewa yang anggun ini. Nampak elegan dengan suntikan mewah tetapi masih mengekalkan kemanisan layak pakaian pernikahan. Ramai kawan-kawan Budiey tak bersetuju kerana Elyana tidak mengenakan tudung semasa akad nikah. Budiey pun rasa macam tu, kalau nak lebih manis lagi semasa majlis akad, biasanya gaya tudung boleh mewarnakan aura yang lebih manis dan sopan. Mungkin untuk selebriti ada kelainan sikit. Elyana hanya mengenakan selendang yang menutup sebahagian sahaja kepala. Namun, masih tetap anggun kan?

Bertambah manis dan anggun setelah disolek dan ditatarias oleh jurusolek yang tidak asing lagi dengan layangan magistiknya iaitu Saidatulnisa Aminuddin.

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Kahwin Elyana dan Khairul: Gubahan Hantaran

Gambar Majlis Akad Nikah Elyana & Khairul di Duchess Place