in

Gambar Intan Ladyana Pelakon Remp-IT V3 Jual Kek Di Amcorp Mall

Lama tak jumpa Intan Ladyana, kitorang jumpa last masa tengok wayang kat One Utama rasanya. Pada Sabtu lepas, Budiey ada ternampak Intan Ladyana jual kek di Karnival Lelongan Amal ABP BH.

Terbaru, Intan Ladyana akan terlibat dengan sebuah drama bersiri berjudul Bio-Nic yang akan turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Kamal Adli, Vanidah Imran dan Esma Daniel. Jangan lupa tonton drama ini di TV3.

Intan baru sahaja menjalani proses penggambaran filem Remp-It V3 arahan pelakon muda Farid Kamil. Turut bergandingan dengannya menerusi filem tersebut ialah Farid sendiri, Lisa Surihani dan Bront Palare.

“Saya tidak ada masalah bekerja dengan Farid. Sebelum ini, saya juga pernah bekerja dengan pengarah muda iaitu Pierre Andre. Memang ada perbezaan antara Farid dan Pierre dari segi pengarahan. Mereka mempunyai cara tersendiri. Lagipun, kedua-dua buah filem yang saya bintangi ini menampilkan genre yang berbeza. Filem Farid lebih ke arah aktiviti lasak, manakala dengan Pierre, ia adalah filem romantik komedi. Jadi sudah tentu corak pengarahan sedikit berbeza. Tetapi, saya seronok bekerja dengan mereka…mungkin kerana kami juga sebaya,” kata Intan dalam nada ceria.

Bercerita tentang filem keempat lakonannya itu, kata anak kedua daripada tiga beradik ini, dia akui cukup seronok bekerja di bawah arahan Farid meskipun pengalaman dalam bidang pengarahan bintang muda itu masih sedikit berbanding pengarah-pengarah yang sedia ada.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Video Lagu Mati Hidup Kembali Butterfingers

Ally Iskandar Jemput Dato’ Jamali Shadat & Afdlin Shauki