in , ,

Ally Iskandar Jemput Dato’ Jamali Shadat & Afdlin Shauki

Minggu ini program Ally Iskandar di TV3 akan membicarakan tentang topik menarik jugak iaitu LAWAK MALAYSIA BODOH? Budiey pun rasa memang topik ini patut dibangkitkan bagi menyedarkan para pelawak kita bahawa kebanyakan lawak kita memang hampeh dan tiada perkembangan langsung. Duk tahap yang sama aje. Kekadang tengok diorang buat lawak macam memalukan diri sendiri aje.

Ally Iskandar turut hadir di Karnival Jualan Lelong ABPBH. Ditemui di booth TV3.

Dengar khabarnya, Ally Iskandar yang kini sedang hangat dikatakan bercinta dengan Elyana akan menjemput pelawak veteran terkenal Dato’ Jamali Shadat dan pelakon atau pengarah Afdlin Shauki.  

‘Ally’ kini sedia menemani penonton setia TV3 setiap hari Rabu, jam 11.00 malam. Progr am ini merupakan program bual bicara unik yang akan membicarakan tentang pelbagai isu kehidupan termasuklah sosial, pendidikan, hiburan, ekonomi, jenayah dan lain-lain.   

Rakaman akan diadakan pada

Tarikh  : 4 Febuari 2009 (Rabu)

Masa :  3.00 petang

Tempat :  Studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam

Ehen ehen… gossip yang Budiey siarkan pada minggu lalu telah disiarkan oleh Zubir di Berita Harian:

Ally Iskandar cinta baru Elyana?

Personaliti TV3 dikatakan semakin intim dengan penyanyi remaja

PENGACARA, penerbit dan personaliti popular TV3, Ally Iskandar kini dikhabarkan menjalin hubungan cinta dengan penyanyi remaja yang semakin panas, Elyana! Itulah angin yang bertiup kencang ke telinga Zubir, sepanjang minggu lalu. Pun begitu, sebelum Zubir bercerita lanjut mengenai pasangan berkenaan, Zubir ingin berkongsi cerita geli lagi memualkan yang sempat diceritakan seorang sumber rapat, baru-baru ini.

Seorang kenalan rapat Zubir yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membuat ‘panggilan kecemasan’ pagi Khamis lalu, memberitahu dia terserempak dengan selebriti jelita dengan kekasihnya, seorang duda bertaraf VIP yang akan berlepas ke Bangkok! Berdasarkan maklumat dalaman, selebriti berkenaan bersama duda itu berangkat ke Bangkok pada 29 Januari lalu, jam 12.25 tengah hari dengan penerbangan… ‘teet! (nombor tak dapatlah Zubir paparkan di sini, sensitif Beb!)

Namun, mereka bukan pergi berdua saja, sebaliknya selebriti jelita itu turut ditemani pengurusnya. Nak cover linelah tu! Lebih memualkan Zubir, sebelum ini, selebriti berkenaan bermati-matian membuat penafian dalam media massa, dia tidak ada apa-apa hubungan istimewa dengan duda VIP itu dan perkenalan mereka tidak lebih sekadar teman biasa, sekarang pula ke Bangkok bersama, apa ‘cer’, memang geli geleman!

“Zubir, kawan aku yang bertugas di kaunter pendaftaran, buat check-in untuk selebriti dan pengurusnya itu, namun duda VIP itu tak check-in sendiri, sebaliknya ada seorang lelaki berbangsa India yang check-in untuk dirinya, memang cover line Beb!,” kata kenalan Zubir itu yang selama ini tidak pernah memberikan maklumat tidak tepat.

Berdasarkan maklumat dalaman juga, dalam penerbangan itu, selebriti, pengurusnya dan duda VIP itu duduk sebaris. Pengurusnya duduk di sebelah tingkap pesawat, selebriti duduk tengah, manakala di sisi selebriti itu ialah duda VIP berkenaan! Untuk pengetahuan semua, mereka bukannya duduk di kelas pertama yang lebih privacy, sebaliknya kelas ekonomi, memang ramai mata memandang ke arah mereka!

Yang pasti, ketika memasuki balai berlepas, selebriti dan duda VIP itu jalan beriringan, sungguh romantik, macam pasangan pengantin baru nak pergi berbulan madu! Menurut cerita sumber lagi, selebriti itu memang nampak seksi dengan hanya mengenakan baju sleaveless warna kelabu, bertopi dan berseluar jeans.

Selebriti dan duda berkenaan dijadualkan pulang ke tanah air hari ini dan mereka dijadualkan tiba di KLIA tengah malam ini. Mesti selebriti dan duda VIP itu nak mengelak kelibat mereka jadi tontonan orang ramai. Bagi Zubir, buat apalah nak sorok-sorok, lagipun Zubir dengar cerita, pasangan berkenaan sudah merancang nak berkahwin pada tahun ini.

Justeru, mungkin kunjungan mereka ke Bangkok bukan sekadar bercuti semata-mata, sebaliknya membeli-belah barangan persiapan perkahwinan mereka nanti, eloklah tu. Kata cerita seorang sumber lain, duda VIP itu sudah pun membawa selebriti jelita berkenaan menemui orang tuanya untuk meminta restu dan Zubir dengar cerita, ibu bapa duda VIP itu tidak ada masalah dengan pilihan anak mereka yang sudah hampir setahun hidup menduda itu.

Pun begitu, ada khabar memberitahu Zubir, beberapa pereka fesyen popular tanah air menolak untuk menyiapkan gaun pengantin selebriti popular itu sekalipun mereka dibayar dengan harga tinggi. Kenapa ya? Tak baik tau korang buat dia macam tu…

Ok, cukuplah. Kita nantikan kesudahan cerita selebriti jelita dan duda VIP ini sedikit masa lagi. Apapun Zubir sentiasa mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya, good luck! Baiklah, Zubir sambung kembali kisah cinta yang khabarnya sedang disemai Ally Iskandar bersama Elyana.

Zubir dengar cerita, selepas Elyana putus cinta dengan kekasihnya, seorang pengusaha makanan Jepun di Bangsar, Kuala Lumpur, dia kini semakin intim dengan Ally. Elyana pernah mengaku dengan kawan baiknya, Ally adalah seorang pemuda yang very caring. Tapi, sedih juga apabila Zubir mendengar kisah putus cinta Elyana kerana dia dan kekasihnya itu sudah menjalin percintaan selama tiga tahun dan mereka merancang nak kahwin tak lama lagi, tapi apakan daya, tiada jodoh antara mereka.

Bagaimanapun, jika khabar angin ini benar-benar jadi kenyataan, Ally dan Elyana sah bercinta, memang cute pasangan itu!

ZUBIR: Adik artis popular yang sebelum ini memang kaki mabuk terus letak botol arak apabila melihat kelibat penulis di sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Intan Ladyana Pelakon Remp-IT V3 Jual Kek Di Amcorp Mall

Gambar Rima Melati dan Marcell Kahwin Di Singapura Walau Beza Agama