in

Gambar Hantaran & Dekorasi Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Hari ini, Sabtu… sebenarnya banyak sekali event. Terlalu banyak event hingga ada beberapa event tak dapat Budiey hadiri. Pada jam 5 petang, Budiey dipanggil sekali lagi oleh TV3 untuk join program candawara Ewah Ewah musim terbaru. Namun, oleh kerana Budiey dijemput hadir di Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib, jadi Budiey minta maaf sebab tak dapat join program Ewah Ewah.

Malamnya pula Budiey ada jemputan Battle of the Band di KL Live. Hasilnya hujung minggu ini tiada masa untuk berehat. Letih.

Pada jam 4 petang, Budiey tiba di perkarangan Jeumpa D’Ramo Bangsar untuk menyaksikan detik terindah Siti Sarah Binti Raissudin dengan buah hati tersayang Shahmira Bin Muhamad (Shuib Raja Lawak) yang akan menjadi suami isteri pada hari ini.

Terlebih dahulu, Budiey nak ucapkan selamat pengantin baru buat Siti Sarah dan Shuib. Semoga bahagia kekal hingga ke akhir nyawa.

Majlis akad nikah turut dihadiri 150 orang yang terdiri dari kalangan media, keluarga kedua belah pihak dan kenalan rapat.

Sebalik kemeriahan majlis pernikahan yang berlangsung, pasangan ini mempunyai masalah dalam memlih tarikh pernikahan disebabkan kedua-dua mereka mempunyai jadual kerja yang cukup padat. Namun, disebabkan satu ikatan perkahwinan yang suci, kedua-duanya telah memilih 26 Februari 2011 sebagai detik untuk mengikat tali perhubungan sebagai suami isteri.

Okay, untuk entri ini, Budiey secara eksklusif ingin meletakkan gambar hantaran serta dekorasi dan hiasan majlis akad nikah ini. Pasangan ini memilih Ari dari Ari Wedding Couture sebagai penyedia pelamin dan penggubah hantaran.

Konsep bungaan segar dan rekaan dekorasi menjadikan suasana ceria dan elegan. Sebuah pelamin dan gubahan bunga sedar dan mewah ini menggunakan warna emas sebagai asasnya. Rekaan bergelar Kemewahan Tiga Dimensi atau 3D dalam sebuah rangka gambar yang penuh kemewahan dan moden.

Hantaran juga direka khas oleh Ari dari Ari Wedding Couture yang menggunakan gubahan bunga dalam frame yang mewah. Manakala hantaran Shuib kepada Siti Sarah pula adalah berasaskan batu permata.

Sejumlah lima dulang hantaran dari pihak lelaki yang telah disediakan, antaranya berupa kitab Al-Quran, Telekong, barangan penjagaan diri dan wangian, tepak sireh, kek perkahwinan dari Blooming Cake, mas kahwin bernilai RM 1,000.00 dan sebentuk cincin.

Hantaran dari pihak perempuan pula sebanyak lima dulang iaitu senaskah kitab Al-Quran dan sejadah, barangan penjagaan diri dan wangian, sireh junjung, kek dari Blooming Cake dan sebentuk cincin.

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Program Candawara Aktif 5

Gambar Siti Sarah & Shuib Sepah Nikah