in , ,

“Air Mata Mak Tiri Tumpah Terkenang Arwah Siti Sarah,” –  Siti Fatimah

Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi menganggap hubungan yang terjalin dengan penyanyi itu bukan sekadar hubungan kekeluargaan.

Lebih setahun pemergian arwah, Siti Fatimah yang mesra disapa Makder terkenang momen mereka menguruskan perniagaan tudung Loveta.

“Hubungan kami bukan sekadar keluarga, dia bukan sekadar anak tiri. Dia dah jadi rakan kongsi, malah sahabat saya.

“Saya pernah menangis depan suami (Raissuddin Hamzah). Saya katakana kepadanya, dulu kalau ada sebarang perkara berkenaan perniagaan kami, saya akan terus kongsi cerita dengan dia, tapi sekarang dia dah tak ada,” katanya.

Tambah pengasas Loveta ini, dia enggan membebankan suami dengan perkara yang boleh memberikan tekanan.

“Sekarang, rasa macam dah hilang tempat berkongsi. Suami ada pesan, jika ada sebarang perkara, boleh ceritakan kepadanya. Kata suami tidak mengapa, kalau ada apa-apa yang nak dikongsi, boleh luahkan sahaja.

“Saya sendiri tak nak beri bebanan yang tidak sepatutnya. Saya ambil pendekatan tak nak bebankan suami kerana dia ada sejarah sakit jantung.

“Malah arwah pun pernah berpesan kepada saya, sebolehnya jangan kongsi apa-apa masalah dengan Raissuddin, elakkan rasa tertekan dan tak mahu membebaninya.

“Sekarang, jika saya terkenang arwah, saya akan duduk seorang diri, lihat semula video arwah. Tonton video nyanyian pun dah memadai untuk melepaskan rindu. Selebihnya, saya akan terus berdoa agar arwah tenang di sana,” katanya.

“Air Mata Mak Tiri Tumpah Terkenang Arwah Siti Sarah,” –  Siti Fatimah Suberi

Makde ditemui usai majlis pelancaran koleksi tudung terbaharu Loveta, Assyfa Manes di Rumah Bakti Al Kausar di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Mengulas mengenai Assyfa Manes, ia hanya memakan masa tujuh saat untuk digayakan dan tampil dengan lapan pilihan warna menarik menerusi fabrik jenis premium soft pleated chiffon.

“Sebelum ini Assyfa pernah tampil dengan koleksi Assyfa Cinta dan Alhamdulillah, ia telah mendapat permintaan tinggi dan pernah mencatat jualan sebanyak 50,000 helai dalam tempoh sebulan. Kini kami tampil pula dengan Assyfa Manes dan menyasarkan jualan Assyfa Manes sebanyak 70,000 helai dijual dalam tempoh sebulan.

“Kami pilih Rumah Anak Yatim Al Kausar sebagai lokasi pelancaran kerana kami mahu menyambung usaha murni yang pernah dilakukan arwah. Kami juga menghiburkan hati anak-anak penghuni perempuan dengan sesi makeover dan solekan. Seramai 15 kanak-kanak dan remaja perempuan berusia antara 10 hingga 17 tahun diberi sentuhan jurusolek menggayakan koleksi persalinan serta tudung Loveta,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CARNIVAL

Single Baharu Carnival Jadi Penutup Tirai Tetralogi Siri Video Muzik Timur

ANDI BERNADEE

Andi Bernadee & Zizi Kirana Berganding Dalam Single JUJURLAH