in ,

Gambar Siti Sarah & Shuib Sepah Nikah

Tarikh 26 Februari 2011 menjadi saat manis yang pasti diingati dalam lipatan diari penyanyi Siti Sarah Raisuddin dan pelawak terkenal, Shahmira Bin Muhamad (Shuib) apabila cinta mereka direstui dan akhirnya selamat disatukan dalam satu majlis yang penuh bermakna.

Hanya dengan sekali lafaz, Siti Sarah sah bergelar Isteri Shuib. Alhamdulilah. Selamat pengantin baru dari kami.

VIDEO: Siti Sarah & Shuib Sepah Nikah

Bertempat di Jeumpa D’ramo, Bangsar, jam 5.45 petang, majlis akad nikah telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Nizar Bin Mohd Nadzir, Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ Wilayah Persekutuan yang juga merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam di masjid Saidina abu bakar As Sidiq, Bangsar, Kuala Lumpur.

Majlis bersejarah pernikahan ini juga disaksikan oleh Aidit Alfian Mohd Dom, pengubah lagu yang tidak asing lagi di Malaysia yang banyak menyumbangkan lagu untuk Siti Sarah. Selain itu, Encik Mohd Ashraf Bin Md Yusof turut menjadi saksi majlis pernikahan tersebut.

Sejumlah lima dulang hantaran dari pihak lelaki yang telah disediakan, antaranya berupa kitab Al-Quran, Telekong, barangan penjagaan diri dan wangian, tepak sireh, kek perkahwinan dari Blooming Cake, mas kahwin bernilai RM 1,000.00 dan sebentuk cincin.

Hantaran dari pihak perempuan pula sebanyak lima dulang iaitu senaskah kitab Al-Quran dan sejadah, barangan penjagaan diri dan wangian, sireh junjung, kek dari Blooming Cake dan sebentuk cincin.

Atas persetujuan bersama, kedua-dua belah pihak pihak, pasangan mempelai ini memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran mereka untuk diabadikan dalam kenangan buat mereka berdua sahaja.

Siti Sarah Shuib Kahwin

Aidit Alfian sebagai saksi

Siti Sarah Shuib Kahwin

Shuib bersama ahli keluarganya

Siti Sarah Shuib Kahwin

Siti Sarah Shuib Kahwin

Siti Sarah Shuib Kahwin

Siti Sarah Shuib Kahwin

Siti Sarah Shuib Kahwin

Siti Sarah Shuib Kahwin

Siti Sarah Shuib Kahwin

Siti Sarah Shuib Kahwin

Siti Sarah Shuib Kahwin

Siti Sarah Shuib Kahwin

Siti Sarah Shuib Kahwin

Siti Sarah Shuib Kahwin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hantaran & Dekorasi Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Berita Majlis Nikah Siti Sarah & Shuib, Mahu Berbulan Madu di Ireland