in , ,

“Yang Paling Susah Jadi Bapa Tunggal Ialah Emosi” – Shuib Periksa Kesihatan Mental

Sungguh pantas masa berlalu, rupanya sudah tiga bulan Allahyarham Siti Sarah Raissudin telah meninggal dunia

Dan, yang paling terkesan sudah pasti ialah suaminya, Shuib Sepahtu. Menurut Shuib, masih susah untuk menjalani kehidupan sebagai seorang ayah tunggal.

Saya akui kesukaran yang saya hadapi sepanjang bergelar bapa tunggal ini adalah emosi. Saya rasa itu yang paling susah untuk saya.

– Shuib

Shuib bersyukur kerana emosi anak-anaknya masih berada dalam keadaan terkawal buat masa ini.

Biasa berkongsi bersama, kehilangan wanita itu nyata memberikan kesan buat Shuib. Bahkan seperti seluruh dunianya pergi bersama.

Kalau ada masalah dalam bisnes atau peribadi, saya rujuk pada dia dan begitu juga dengan dia. Jadi bila dia tiada, saya tak tahu mahu rujuk pada siapa.

– Shuib
“Yang Paling Susah Jadi Bapa Tunggal Ialah Emosi” - Shuib Periksa Kesihatan Mental

Kongsi Shuib lagi, dia akan menziarahi pusara Siti Sarah pada setiap Isnin dan Jumaat bagi meluahkan perasaannya. Masih lagi berehat, lelaki itu juga masih belum memasuki pejabat selain sudah dua bulan tidak bekerja.

Shuib turut mendedahkan bahawa dia sering berjumpa dengan doktor peribadi yang menjaga isterinya dahulu pada saban minggu bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Lebih kurang pakar psikiatri, ia juga bagi memastikan kesihatan mental saya. Sebab kesihatan mental ini berkait rapat juga dengan emosi dan badan kita.

Dalam pada itu, pelawak berkenaan turut meluahkan rasa syukur kerana memiliki keluarga yang baik dan selalu membantu menjaga anak-anaknya.

Sama-sama kita doakan semoga Shuib terus kuat mengharungi kehidupan sebagai bapa tunggal.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hatta Dolmat, Ocean Hero Conservation & Kloth Cares Membawa Solusi Pencemaran Sisa Plastik di Lautan Ke KLFW 2021

tony fernandes airasia-2020

AirAsia Sambung Semula Penerbangan Sulung Tanpa Kuarantin Hari Ini Ke Bangkok