in , ,

Sinopsis Filem Histeria, Sebuah Kisah Seram di Kolej Usang

Filem Histeria, satu lagi  filem baru terbitan Tayangan Unggul yang kini masih lagi dalam pengambaran. Terbaru, filem Apa Kata Hati terbitan Tayangan Unggul telah pun siap pengambaran. Tahniah Tayangan Unggul kerana tidak henti-henti mengeluarkan filem.

Setelah membaca sinopsis, saya rasa filem Histeria bakal menjanjikan satu kelainan di mana plot bergenre filem horror thriller ini mengabungkan alam mistik dan pembunuhan kejam serta berlatarkan sebuah sekolah yang berhantu.

Filem arahan James Lee ini juga banyak memaparkan babak-babak yang mengerikan serta aksi mendebarkan. Kalau anda masih ingat, James Lee adalah seorang pengarah filem The Red Kebaya dan filem cereka The Beautiful Washing Machine yang telah memenangi anugerah Filem Cereka Terbaik Asean 2005. Oh, patutlah Vanidah Imran dan juga Ramli Hassan yang menjadi pelakon utama filem The Red Kebaya pun ada berlakon dalam filem ini.

Masih menjalani pengambaran dan 80% lokasinya menggunakan sebuah sekolah usang di Kajang, Selangor. Ianya dijangka akan menemui penonton pada pertengahan atau penghujung tahun ini. Jadi, kepada anda peminat filem seram… tunggu! Mungkin kenangan dan memori terkena histeria di sekolah dulu akan kembali mengusik anda! Heheheh!

SINOPSIS FILEM HISTERIA

Histeria adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah kolej swasta. Tujuh orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Malini, Murni, Maryam, Jenny, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Pink Flamingo’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka.

Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka bertujuh dikenakan denda, membersihkan kawasan kolej selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan.

Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Sebelum Zeta diterima menjadi ahli Pink Flamingo, beliau perlu diuji, iaitu bermalam di sebuah makmal berhantu. Tujuh pelajar lain cuba menakut-nakutkan Zeta.

Namun kejadian menakutkan benar-benar berlaku apabila pelbagai perkara misteri dialami oleh mereka semua. Ianya bermula selepas Jenny mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Jenny telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok pelik.

Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Jenny kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut dan serbuk darah.

Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan kolej tersebut. Ada yang mati ditusuk gunting, ada pula digantung di tiang bendera, dicekik leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni.

Malangnya bukti menunjukkan Murni adalah pembunuh kepada mereka yang lain, bermotifkan dendam kerana sering dibuli. Dan Pakar Psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental.

Apakah benar Murni yang membunuh? Atau… siapakah dalang di sebalik pembunuhan kejam ini? Nantikan kemunculan ‘Histeria’ di pawagam berhampiran anda.

Antara Pelakon Filem Histeria:

1) Liyana Jasmay sebagai Murni
2) Scha (Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir – ‘antoo Fighter’) sebagai Alissa
3) Norisnainy (pendatang baru) sebagai Kerek
4) Ainul Aishah (pelakon ‘Nana Tanjung’) sebagai Marina
5) Yanna (Newcomer) sebagai Junita
6) Talya (pelakon series ‘bong’) sebagai Tini
7) Reana (pernah berlakon dalam filem Prof. Razak Mohaiden) sebagai Zeta
8) Adiputra sebagai Mr. Brandon
9) Kazar (pelakon drama Susuk) sebagai ‘tukang Kebun’
10)Vanida Imran sebagai ‘ustazah’
11)Adlin Aman Ramlie sebagai ‘cikgu Disiplin’
12) Adman Salleh sebagai Guru Besar
13) M. Rajoli sebagai Bomoh
14) Ramli Hassan (pelakon utama filem The Red Kebaya) sebagai Psychiatrist
15) Namron sebagai Police Detective

gambar adiputra
Adi Putra, pelakon filem Histeria yang sedang penat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Ulasan Album CD Rebecca & ALAMband dari Multinum Entertainment Sdn Bhd

Gambar Datuk Siti Nurhaliza Datuk Khalid Shopping Sakan