in , ,

Ini Komen Pembaca & Gambar Sekitar Pra Tonton JANGAN PANDANG BELAKANG di UiTM

Tahniah! Apa lagi yang saya mahu katakan selain ucapan itu kepada filem Jangan Pandang Belakang. Bravo! Dengan kutipan RM410,000 daripada 50,134 orang penonton di 51 pawagam pada hari pertama tayangannya filem ini telah memecah rekod yang sangat membanggakan.

Dalam tempoh 25 tahun, dikatakan tiada filem Malaysia yang dapat mengutip sebanyak itu pada hari tayangan pembukaan. Sekaligus mengalahkan kutipan filem Cicakman terbitan KRU Films Sdn Bhd yang hanya mendapat RM350,000 pada hari pertama tayangan.

Satu fakta mengatakan kutipan Jangan Pandang Belakang juga berjaya mengalahkan catatan pungutan hari pertama beberapa filem terkemuka Hollywood sebelum ini, seperti Mr Bean’s Holiday. Jadi syabas sekali lagi kepada David Teo & pengarah Ahmad Idham.

437339021 B715603061 O | 4

Jelas membuktikan formula dan strategi Metrowealth untuk menjual filem ini di pawagam berkesan dan berjaya. Unsur suspen dan seram yang boleh saya katakan agak ketara memberi impak dan momentum yang mempengaruhi ramai penonton. Juga perkataan AMARAN itu pun rasa saya memang ada pengaruh juga. Macam kata Pierre dalam Wayang Kita, kata dia, memang tabiat orang kita, yang dilarang itu lah yang dia nak tengok. 🙂

437338841 Fdf3D8E76A O | 5

Sensasi Selebriti juga banyak menerima komen dan pendapat daripada pembaca yang telah pun menonton filem lakonan Pierre Andre, Intan Ladyana, Rio Elani, Khatijah Tan, Ruminah Sidek dan Jalaluddin Hassan. Antaranya:

NoeL kata:

I dah tengok masa Metrowealth buat tayangan perdana kat UiTM semalam. Memang seram, plotnya tak meleret dan lakonan heronya agak baik. Cuma semasa hantu terbang perlu diperbaiki lagi. I bagi 4/5 untuk filem ini.

Zyehunt kata:

Aku dah tengok tadi…. Memangla… aku rasa filem Melayu paling seram pernah aku tengok abad ni! Berapa kali ntah rasa nak tercabut urat jantung. Nak elak menjerit kuat. Bawak laaa tuala bersama… paling best… jangan baca review reporter…. scene terkejut nanti jadi tak terkejut. Spoiler! 

Tamarjalis kata:

Kami menonton filem jangan pandang belakang tengah malam tadi 6 april 07. Secara keseluruhan filem ini memang seram tetapi telah dicacatkan dengan adegan hantu yang dizahirkan. Saya berpandangan filem ini boleh meletup ke serata Asia mungkin sekiranya imej hantu itu ditiadakan. Cukup sekadar imej imbasan dalam lif sewaktu Darma keluar dari lif dan imbasan sekilas pandang sewaktu Darma dalam rumah tunangnya.

Selebihnya hantu yang mengekori kereta Darma, hantu dalam rumah sewaktu dalam bilik opah Darma  telah menjejas sedikit filem ini. Ini kerana filem seram tidak perlu dizahirkan hantu. Inilah kelemahan filem Melayu kerana sering menzahirkan hantu dalam mewujudkan unsur seram… sebaliknya filem-filem barat mahupun jepun dan Thailand seperti Nang Nak jarang sekali menunjukkan imej hantu.

Namanya pun sudah filem seram bukan filem hantu… jika filem hantu bolehlah dimasukkan semua imej hantu pochong, hantu raya dan lain-lain seperti dalam pameran hantu baru -baru ini.

Apapun tahniah buat Ahmad Idham yang mengarah Filem ini. Garapan susunan jalan cerita dan sound system yang baik telah memeranjatkan semua penonton tetapi tidak cukup seram kerana adegan Jalaludin Hassan yang melucukan.

Cuma adengan kereta Darma rosak sewaktu balik kampung, adegan imbasan Darma dalam rumahnya, adegan Opah/hantu raya yang diangkat oleh Darma di Kampung boleh dianggap seram sekiranya imej hantu itu tidak dizahirkan.

KAKA Says:

I watched jangan panjang belakang on the 7th of april 2007 with my cousin and my sister…after watching this, i really have to admit that jangan pandang belakang is one of malaysia’s scariest horor movie and it have actually made me think that pontianak harum sundal malam 1 and 2 is sooooooooooo LAME… interms of makeup and sound system compare to jangan pandang belakang… besides scary, i also find this movie quite funny especially the part Dharma went back to his hometown and when he met Opah….Opah can really bring her acting to life..and it looks soooo real….last but not least, may the stuntman who passed away during the shooting of this movie rest in peace.

Amar kata:

‘Jangan pandang belakang’ adalah filem melayu seram yang paling best dan betul-betul seram bagi aku..Filem ini dapat menggabungkan adegan komedi dan aksi seram dengan baik sekali..rugi kalau x tengok!!..Adegan palling seram apabila Darma(Pierre Andre) mendukung opahnya untuk ke tempat tidur..namun sampai saja dibilik didapati neneknya ada disitu..apabila darma pandang neneknya yang sambil didukung dia tersedar itu bukanlah neneknya tetapi hantu!

Diana kata:

Memang betul pun citer ni seram to the max……congrats to d director….Good job done guys……every aspect of d movie mmg boleh membuatkan org takut….especially d part opah panggil that hantu masuk rumah….eeeeiiii seram sangat….even until today pun still teringat2..balik dari movie that day, mmg sah tak berani tgk belakang..nak tgk side mirror n back mirror kereta pun tak berani…..n d sound, lagila seram….even mase tgk citer ni, tried to tutup my telinga coz tak sanggup nak dengar bunyi hantu tu….first time tgk citer hantu sampai menggigil….tak penah penah mcm ni……compare tu citer hantu korea, Jangan Pandang Belakang ni way much better……lagi best n ade potential nak lawan Korean n Japanese horror movies……well done…..!!!!!

Tina kata:

Saya tgk citer ni malam minggu hari tu….. Pukul 9:55 mlm kat TGV Jusco Tebrau. Hehe.. punyalah seram giler….mmg seram….. saya bagi 5 bintang tuk film ni. Sebab boleh bagi hubby saya pun takut. Sebelum ni, dia tak takut tgk citer hantu. Tapi citer ni bagi dier takut dalam panggung tu….. hehe saya pun takut…. sound effect citer ni bagus….first class, adengan2 pun mmg best. Great Job to Ahmad Idham & Pierre Andre.

Didi Gorjes kata:

I watched ini movie sama bestfriend,fit9994 dan eric,hubby aku yg super-cool hari senin lepas. Jgn kata aku “LAME” sbb tengok movie made in malaysia. sbb aku dah tengok semua movie mat saleh dan aku rasa jalan cerita diorang lagi lah bosan.semua sama je. been there done that lah kire. lagipun aku agak cenderung menonton movie melayu kita yg sinopsis bagus dan menarik. aku tidak tonton puaka tebing biru sbb bagiku itu jln cerita yg boring.berebut jantan eh?

JPB is a success walaupun ada satu dua scene yg meng-failkan kengerian hantu tu dengan mata yg super putih mcm pakai liquid paper,dan aku tak suka dgn hantu merangkak kat rumah darma tu. nampak mcm ala2 hantu thailand ke korea ke. lakonan opah,tak disangkal, mmg SUPERB.

Ladyana, terlalu kaku.masih dlm kategori berlakon drama jelah kot.(maaf kalau menyinggung) andre, susah n ak tengok dia berlakon menjerit2. dan dengar suara jantan dia.lol. mak lang, siapa tak salute. ada cat farish jugak ye? ape kene nye yeop? lol. sharu sampai takleh tidor malam lah jugak *tunjal lutut dia yg terangkat2 bila nampak hantu keluar apapun, filem ini berjaya membuat aku mengimbas akan pengalaman membuang saka family belah abah aku. org dulu je yg perlukan bende ni semua,tapi kita sebagai keturunan yg bernama melayu,kadangkala harus menyimpan “sedikit” warisan keturunan agar ia tidak luput…. dan ini juga akan mengukuhkan kaki yg berdiri. tapi jgn la guna untuk tujuan jahat..itu je la nasihat aku. jaga keluarga,jaga harat benda, jaga batas dgn makhluk mcm tu.. Tapi Aku Tetap Wonder>Kenapa Takde Hantu Pakai Baju Terbang2 Kaler Pink Daa…

Macam-macam pendapat kan? Sudah menonton filem paling seram ini? Apa pendapat anda pula?

437336680 09D5Aad89A O | 6

Apa yang melucukan sangat tu, pakcik David? Foto ketika semua pelakon, pengarah dan penerbit berucap di pentas.

437337018 8Ef3392215 O | 7

Intan Ladyana, lakonannya dikatakan masih kaku dan perlu banyak belajar. Apa-apa pun awak memang cool sebenarnya.

437338299 6157115Abf | 8

Sempat lagi tu En Azahari ni baca SMS masa jadi pengerusi majlis.

437337338 31Ae490013 O | 9

Ucapan David Teo selaku penerbit JPB agak lucu pada malam itu. Biasala budak UiTM ni ketawa bukan pasal apa… biasala pelat Melayu David Teo ni memang melucukan sebenarnya. Bikin gamat dewan Sri Budiman pada malam tu dengar celoteh David Teo

437338545 7424F252Ff O | 10
437338508 Fb215B57D9 O | 11

En Azahari daripada Metrowealth sedang memberi sepatah dua kata. Ehem… ehem, En Azahari… mana album Waheeda nya… hari tu kata nak promote kat Sensasi Selebriti. Hehe gurau je. 🙂

437339196 14C0Eebe74 | 12

Pierre Andre dengan penyanyi Cat Farish yang hanya muncul sebagai pelakon cameo. Apa-apa pun, scene masa kereta Darma tersadai di tepi jalan yang sunyi tu memang buat saya rasa seriau habis… Nasib datang Cat ni dengan bas dia… tapi mula-mula ingat karakter Cat ni nampak sesuatuh je… misteri sangat dia ni. Tapi apa yang terjadi sebaliknya, cabut lari dia bila nampak satu lembaga…. nasib baik tak terkucil dalam seluar! Hahaha! 🙂

Saya rasa nak tonton filem ini buat kali ketiga. Nak ikut? Jom! Kasi gegar TGV KLCC!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Afdlin Shauki | 40

Sinopsis Filem SUMOLAH – Afdlin Shauki’s Movie

Siti Nurhaliza | 41

Gambar Terbaru Datuk Siti Nurhaliza & Datuk K Layan Formula One di Litar F1 Sepang