in ,

Gambar Bintang Akademi Fantasia di Majlis Berbuka Majalah EH!

Entri ini Budiey buat khusus untuk merangkumkan gambar bintang AF yang hadir memeriahkan majlis berbuka anjuran Majalah EH! yang diadakan di Hotel Nikko pada 23 September lalu. Lama betul tak jumpa diorang ni. Terutamanya si Syawal. Hahaha, dia cakap Budiey semakin kurus sebab selalu pergi gym. Tebakan yang tepat, dude!

Makin comel dan makin cantik si Farah ni. Uik, mana tudung? Oh pakai tudung untuk program TV Astro Oasis je yek?

Riz, pandai betul bergaya. Dia nampak selesa dan senang bekerjasama. Mesra kamera!

Nadia, rambut awak tu kusut sangat. Oh, memang dah stail dia cam tu ya. Baju cantik. Sesuai dengan tona kulit Nadia.

Reza. Kira dah okay dah ni.

Bob yang semakin muda berseri. Yela, hasil dari air sembahyang kan? Nampak bercahaya dengan keimanan sejati.

Mila… wah dah ada pengurus baru nampak. Bagusla tu.

dan yang ni untuk peminat Mila terutama si Abby. Lawa kan Mila ni. Sweet sangat.

Toi, mmm, sila berhenti merokok ya. Tak elok untuk kesihatan dan suara.

Budiey obses betul tengok potret ni. Lutfya, memang cantik. Rasanya kalau ambik demgan kamera biasa pun memang akan cantik gambarnya.

Syawal… oh semakin segak la kamu.

Kepada peminat Syawal yang menghantar email, ha ni dia untuk korang ya. Selamat menyambut bulan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hamper Biskut Raya Dari NTV7 Saluran Ceria Anda

FIELD TRIP USA di 8TV