in

FIELD TRIP USA di 8TV

Semalam, Budiey telah menghadiri satu sidang media pelancaran program TV terbaru 8TV, Field Trip USA di TGI Fridays, One Utama.

Bagaimanakah jika anda diberi peluang untuk menghayati gaya hidup di Amerika Syarikat dan pada masa yang sama mempelajari tentang budaya mereka? Inilah peluang anda untuk mempelajari dan menghayati sedikit sebanyak tentang kehidupan di Amerika Syarikat dengan menonton Field Trip USA yang akan mula bersiaran di kaca TV anda pada 8 Oktober 2008 jam 9.30 malam hanya di 8TV!

Field Trip USA adalah sebuah rancangan realiti TV mengenai pengalaman sebenar yang dilalui oleh remaja-remaja Malaysia melalui program `Youth Exchange and Study Programmes’ (YES) yang berkolaborasi dengan AFS Antarabudaya Malaysia dan dibiayai sepenuhnya oleh Biro Bahagian Pendidikan Negara dan Kesenian Kebudayaan Amerika Syarikat.

Inovatif program pertukaran pelajar ini memberi peluang kepada remaja-remaja Malaysia untuk merasakan kehidupan di Amerika Syarikat dan mempelajari budaya-budaya mereka selama 6 bulan bersama keluarga angkat.

Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Encik Ahmad Izham Omar memberikan pendapatnya mengenai program baru ini,

“Field Trip USA merupakan salah satu lagi program unik bagi tahun ini. Program baru ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan pemahaman penonton-penonton kami tentang gaya hidup dan juga budaya di Amerika Syarikat yang walaupun jauh berbeza dari budaya kita, namun ianya tetap menarik untuk diketahui  dengan lebih lanjut lagi. Program ini juga merupakan salah satu daripada usaha kami untuk menyokong aktiviti-aktiviti pembelajaran untuk para remaja dan pelajar-pelajar. Oleh kerana remaja merupakan penonton utama kami, program Field Trip USA ini memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari pengalaman kehidupan di Amerika Syarikat. 

Cik Atty Sulaiaman, Pengarah Kebangsaan AFS Antarabudaya Malaysia kata:

“Program AFS sering digembar gemburkan namun ramai yang masih tidak faham akan maksud program ini kerana kami di sini tidak diberi ruang untuk memberikan penerangan secukupnya. Kami harap dengan adanya landasan seperti ini akan dapat memberikan gambaran sebenar projek ini kepada Malaysia amnya.”

40 remaja Malaysia telah ditempatkan ke merata pelusuk Amerika Syarikat untuk meraih pengalaman hidup dan mempelajari gaya hidup di Amerika selama 6 bulan bersama keluarga angkat. 8TV telah memilih 8 orang pelajar untuk ditonjolkan dalam rancangan realiti travelog TV Field Trip USA ini.

8  orang pelajar yang terpilih ini adalah Danial, ditempatkan di Protland, Oregon, Solleh (Little Egg Harbor, New Jersey), Shaaleni (Chevy Chase, Maryland), Shazwanny (Windsor, Colorado), Andrew (Houston, Texas), Pratheeb (Redondo Beach, California), Sherilyn (Hot Spring, Arizona) dan Syaheera (Oswego, New York).

Walaubagaimanapun, kesemua pelajar yang terpilih ini diuji untuk melihat tahap keserasian mereka.  8 pelajar tersebut diuji untuk melihat jika mereka boleh menyesuaikan diri dengan gaya hidup “Uncle Sam” – bersarapan pagi dengan pancake daripada nasi lemak, melepak di kedai makan gaya Amerika dan bukannya kedai Mamak, menonton Superbowl dan bukannya bola sepak dan macam-macam lagi!

Sementara calon-calon kita sibuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru mereka, pengacara kami, Qi, akan pergi ke kesemua 8 lokasi terpilih tersebut (New Jersey, Oregon, Maryland, Colorado, Texas, California, Arizona and New York) untuk melawat calon-calon tersebut dan pada masa yang sama membuat lawatan ke lokasi-lokasi terkenal di negara tersebut.

Bagi memeriahkan lagi dan memberi sokongan terhadap program unik ini, Ketua Pegawai Eksekutif  8TV, Encik Ahmad Izham Omar, Cik Lam Swee Kim (Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, pemasaran dan Komunikasi 8TV), Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia Encik James R. Keith, dan Cik Shazalyna Mohamad (Naib Pengerusi AFS Antarabudaya Malaysia) hadir sama pada hari ini.

Dengan setiap episod yang menarik dan mengujakan setiap minggu, jangan lupa bersama dengan rakan-rakan anda, tontonilah 8TV bermula  8 Oktober 2008 jam 9.30malam untuk mengenali Amerika Syarikat dengan lebih dekat melalui Field Trip USA!  8TV juga boleh ditonton menerusi saluran alternatif 708 di Astro.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Bintang Akademi Fantasia di Majlis Berbuka Majalah EH!

Lirik Lagu Rindu Syahdu Di Hari Raya Nurul