in ,

Gambar Ashraf Muslim Pelakon Tentang Yusof Dan Sherry Ibrahim

Masa pelancaran koleksi jam terbaru Roscani di Plaza TTDI yang lalu, Budiey sempat berbual-bual dengan pasangan kekasih yang masih lagi berkepit macam belangkas iaitu Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim.

Pelakon Ashraf Muslim sekarang ini sedang sibuk berlakon sebuah drama bersiri berjudul Tentang Yusof yang akan menemui penonton TV3, slot Samarinda. Drama arahan Yeop Hitler menampilkan pelakon seperti Datuk Jalaludin Hassan, Abby Abadi, Zarin, Zoey dan ramai lagi. Berkisar tentang pemuda yang bernama Yusof dan diadapatasi dari kisah Nabi Yusof tetapi dalam versi moden. Pergolakan kehidupan Yusof yang menghadapi konflik dan mehnah dengan adik beradik, famili dan masyarakat sekeliling. Lokasi pengambaran di Melaka, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Sherry Ibrahim pula katanya sekarang sedang bercuti di rumah. Drama Renjis dah habis shooting. Takde kerja. Duk rumah best boleh berehat. Sherry kata keruntuhan rumah tangga seseorang artis boleh memberikan isu pro dan kontra. Apa-apa pun, baginya kalau boleh tidak mahu terlalu fokus kepada berita sensasi dan lebih baik bercakap tentang karier daripada cerita peribadi.

Sweet couple

Romantiknya

Moga korang lebih sukses di tahun 2009

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Pelancaran Pembukaan Lord’s Tailor

PENNY, QISZ Program Kanak-Kanak Chiki Boom Hiburkan Nabawan, Sabah