in

PENNY, QISZ Program Kanak-Kanak Chiki Boom Hiburkan Nabawan, Sabah

PENGALAMAN MENARIK PENGACARA CHIKI BOOM TEMUI PEMINAT DI NABAWAN, SABAH

Sesekali berpeluang meluangkan masa bersama peminat-peminat tersayang pastinya kesempatan yang paling berharga buat pengacara-pengacara cilik program kanak-kanak Chiki Boom terbitan Unit Hal Ehwal Awam, Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bersiaran menemui penonton setiap Sabtu, jam 10.05 pagi RTM1 ini. Apatah lagi dapat menemui dan berkumpul bersama peminat-peminat yang berada nun jauh di Nabawan, Sabah.

3102086510 7E393432C7 | 4

PENNY, QISZ, AISHAH, FAZLI, AETHAN

Momen-momen manis lima pengacara pelbagai bangsa menerusi watak Kak Chacha (Aishah Sarah Ismail), Kisz (Emira Qistina Emirul Faizal), Isz (Ahmad Fadzli), Harry (Aethan Eshmael Erwan Eshmael Pavlas) dan Irene (Penny Ho Xin Ee) yang semakin dikenali ramai ini ketika bersama ‘turun padang’ menyertai rombongan pihak RTM ke Nabawan, Sabah sempena Program Perhimpunan Rakyat pada 26 hingga 30 November 2008 lalu.

 Pastinya kehadiran mereka cukup dinantikan kanak-kanak di sana yang selama ini jarang dikunjungi personaliti mahu pun artis. Rasa teruja membuatkan mereka berebut-rebut mahu bergambar dan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dilakukan bersama-sama lima pengacara yang lincah ini.

Menerusi penerbit rancangan yang memasuki musim ke tiga siarannya ini, Puan Farah Syahnaz Haji Ruslan yang turut sama menyertai rombongan ke Sabah ini pengalaman menjadi ‘ibu tumpang’ kepada mereka ini hakikatnya cukup mencabar kerana tanggungjawab yang digalas untuk melayan keletah dan memastikan kelima-lima mereka selamat.

Menceritakan pengalaman beliau, “Kami dikehendaki berada di Angkasapuri seawal jam 5 pagi. Penerbangan pula dijadualkan  berlepas pada pukul 7.30 pagi  ke Kota Kinabalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)  ini memakan masa kira-kira 2 jam setengah.”

Perjalanan yang disangkan berjalan lancar tergendala seketika sebaik tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. “ Memandangkan kes penculikan kanak-kanak berleluasa ketika ini, justeru mereka mengetatkan pengawasan kerana mereka di bawah umur dan tidak ditemani ibu bapa masing-masing. Mujur kami tidak terlepas pandang dan membawa bersama surat beranak beserta surat akuan kebenaran kesemua mereka,” ujar Farah Syahnaz sambil tersenyum.

Setelah segala urusan selesai, perjalanan diteruskan dengan menaiki van menuju ke Hotel Juta di Keningau yang merupakan tempat tinggal mereka sepanjang 3 hari di Sabah. Pengalaman menyaksikan pelbagai pemandangan indah yang jarang didapati di Kuala Lumpur telah memukau mata mereka memandangkan ini adalah buat pertama kalinya mereka mengunjungi negeri di bawah bayu itu.

Lebih kurang jam 1.30 petang, mereka tiba di hotel dan terus bersiap-siap untuk makan tengahari di Restoran Seri Keningau. Kesempatan ini di ambil untuk mereka beramah mesra di antara kakitangan sekreteriat dan Chiki Boom.

Tambah Farah Syahnaz, “Antara cabaran yang tidak dapat di lupakan ialah apabila hendak mengejutkan mereka bangun pagi. Disebabkan terlalu liat untuk bangun, dia terpaksa mengetuk pintu bilik beberapa kali dan mengugut untuk meninggalkan mereka di bilik hotel sementara yang sudah bersiap awal pula menyertai program yang dijadualkan.

Keesokkan harinya, ombongan Chiki Boom ke Nabawan bertolak lebih kurang jam 6 pagi. Perjalanan mengambil masa kira-kira sejam dengan menaiki van. Kerana terlewat bangun, kelima mereka tidak sempat untuk menikmati sarapan pagi.

Sekitar jam 7.30 pagi, rombongan mereka tiba di Nabawan. Mereka singgah sebentar di Pasar Tamu untuk membeli sedikit makanan untuk mengalas perut. Pada pagi itu, perantara Chiki Boom juga terlibat dalam ‘cross-over’ untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM).

Malah ketika itu, pengacara Chiki Boom mula menjadi tumpuan ramai apabila mereka dikerumuni kanak-kanak di situ yang tentunya menjadi peminat setia Chiki Boom untuk mendapatkan tandatangan serta beramah mesra dengan mereka. Di samping itu, adik-adik Chiki Boom juga turut terlibat dengan aktiviti gotong-royong bersama penduduk tempatan.

Akitiviti sepanjang hari itu berlangsung di sebuah padang terbuka berhampiran penempatan penduduk Nabawan yang sememangnya gembira menerima kunjungan mereka. Menariknya, para pengacara Chiki Boom sempat menyediakan beberapa aktiviti untuk beramah mesra dengan penduduk tempatan terutama peminat setia Chiki Boom.

Diantara aktiviti menarik yang diadakan termasuklah tiup belon hingga pecah, cari gula-gula dalam tepung, pertandingan gelung rotan dan lari ikat kaki berpasangan. Aktiviti pada hari itu juga turut diselang-selikan dengan soalan kuiz berkaitan Chiki Boom yang menarik ramai penyertaan kanak-kanak di situ.

Malah beberapa ‘booth’ turut dibuka untuk pameran para pengunjung seperti Komuniti Bestari (KEMPEN), Sabah fm/ Sabah Vfm, Rakan Muda, Agro Bank, Kementerian Sukan dan RTM Sabah yang menjual pelbagai cenderamata. Paling mengujakan pengacara Chiki Boom juga sempat mempersembahkan tarian Chiki Boom bersama-sama penduduk tempatan yang nyata bergembira dengan aktiviti yang diadakan ini.

Seterusnya pada jam 7.30 malam, rombongan Chiki Boom bertolak pulang ke Keningau. Akibat keletihan,  kelima-lima mereka tertidur sepanjang perjalanan pulang ke hotel. Keesokkan harinya, mereka mendaftar keluar jam 8.30 pagi. Mereka tiba di Kota Kinabalu pada pukul 11.30 pagi.

Di dalam perjalanan, Harry salah seorang daripada pengacara Chiki Boom yang paling muda telah termuntah di dalam van akibat mabuk perjalanan menyebabkan krewa yang terlibat terpaksa membersihkan muntahnya. Mujur ketika itu bekalan air mineral yang dibawa berlebihan.

Memandangkan  jadual penerbangan mereka pada pukul 8.30 malam, masa yang terluang digunakan untuk membeli cenderamata kepada ahli keluarga masing-masing sebagai kenang-kenangan.

Mereka selamat mendarat pada jam 10.30 malam dan sampai di RTM pada jam 11.45 malam.

“Sememangnya pengalaman  beramah mesra bersama penduduk di Nabawan, Sabah merupakan satu pengalaman menarik dan paling bermakna buat kelima-lima pengacara Chiki Boom ini. Dengan pendekatan begini, diharapkan rancangan Chiki Boom akan dapat menarik lebih ramai peminat kecil bukan sahaja di Semenanjung Malaysia, malahan di sekitar Sabah dan Sarawak juga,” bicara Farah Syahnaz yang ditemubual di Angkasapuri sebelum mengakhiri perbualan.

Pastikan adik-adik tidak ketinggalan untuk menyaksikan rancangan hiburan informasi kanak-kanak Chiki Boom terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menemui penonton setiap Sabtu, jam 10.05 pagi RTM1.

3102090770 6Aea64D3B5 | 5

Chiki Boom berkongsi detik gembira dengan peminat

3101255619 Ba22Ae6D6B | 6

Sempat menari sambil diiringi lagu tema Chiki Boom

3101256145 16D76B53Cb | 7

Chiki Boom berkongsi detik gembira di Nabawan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ashraf Muslim Pelakon Tentang Yusof Dan Sherry Ibrahim

Eksklusif: Gambar Dato’ Siti Nurhaliza Buat Kejutan Birthday Saida