in , ,

Gambar Anzalna Nasir di Malam Gala Filem Sepah The Movie

Gambar Anzalna Nasir di Malam Gala Filem Sepah The Movie

[dropcap]P[/dropcap]ara media sudah pun berpeluang untuk menonton filem Sepah The Movie lakonan Anzalna & geng Sepah serta Ramona Zam Zam. Budiey juga tak ketinggalan untuk melihat sendiri lakonan atau penampilan pertama Anzalna Nasir di layar lebar.

Sejak penampilan sulung dalam drama bersiri, Suria Di Cordoba, Anzalna kini semakin dikenali. Mungkin sejak timbul isu beliau bergaduh dengan Neelofa beberapa bulan yang lalu.

[pullquote align=”right”]“Watak saya dalam filem ini ialah Ayu Sofia yang digilai ramai lelaki-lelaki di sekitar kampung.”[/pullquote]

Memegang watak seorang gadis yang lemah lembut ala-ala perempuam Melayu Terakhir gitu dan sangat manja, Anzalna berjaya merealisasikan watak tersebut dengan baik. Walaupun dari segi graf lakonan, naik dan turun namun Anzalna berjaya membuktikan sudah tiba masanya untuk beliau berlakon filem pula.

“Watak saya dalam filem ini ialah Ayu Sofia yang digilai ramai lelaki-lelaki di sekitar kampung.”

Anzalna berpendapat bahawa banyak perbezaan berlakon di antara filem dan drama. Sikit sebanyak dia belajar cara untuk bawa watak semasa berlakon drama.

“Kali ini lakonan saya amat berbeza kerana saya akan melakonkan karekter yang lemah-lembut, sopan santun dan apa yang boleh saya simpulkan di sini ialah saya sebagai perempuan melayu terakhir dalam filem ini.”

Kepada peminat Anzalna, jangan lupa tonton filem ni dan berilah komen sejujurnya kerana menurut Anzalna dia akan cuba perbaiki lakonannya di masa akan datang.

“Saya agak berdebar menunggu reaksi penonton dan saya sendiri tidak sabar untuk menunggu respon dari peminat-peminat. Saya akan terima segala komen dan kritikan, mana yang baik, Alhamdulillah bersyukur, dan mana yang buruk saya akan terima dan cuba betulkan yang salah. Saya tidak takut apa orang nak perkatakan kerana bukan mudah untuk buat orang suka dan puas hati.”

Tahniah buat Anzalna. Semoga akan ada banyak lagi filem untuk Anzalna di masa akan datang.

Sepah The Movie yang bakal ditayangkan pada 29 November 2012 di pawagam seluruh Malaysia.

NAMA PENUH: Nur Anzalna Md Nasir
2TARIKH LAHIR: 9 Januari 1988
DARAH CAMPURAN: Cina (ayah) dan Punjabi (ibu)
KELUARGA: Anak kedua daripada lima beradik (semua perempuan)
ASAL: Kuala Lumpur
PENDIDIKAN: Diploma Bahasa Perancis dari Launceston College, Tasmania, Australia
PENCAPAIAN: Finalis Dewi Remaja 2010
KOMERSIAL: Trenz (siaran TV Indonesia saja), Celcom, Franch Oil dan ECPI
DRAMA: Suria Di Cordoba (Astro Prima) dan Ramadan Terakhir (TV3)
FILEM: Sepah The Movie.

Gambar Anzalna Nasir

Gambar Anzalna Nasir

Gambar Anzalna Nasir

Gambar Anzalna Nasir

Gambar Anzalna Nasir

Gambar Anzalna Nasir

Gambar Anzalna Nasir

Gambar Anzalna Nasir

Gambar Anzalna Nasir

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Hafiz Mengaku Hangat Bercinta Dengan Seorang Gadis

Carmen Soo Bakal Dilantik Jadi Duta InnerShine RubyCollagen Essence