in ,

Carmen Soo Bakal Dilantik Jadi Duta InnerShine RubyCollagen Essence

Salam Sabtu semua,

Apa khabar anda-anda semua hari ini? Pastinya banyak event yang happening berlangsung pada hari ini. Ada yang terpaksa bangun awal-awal untuk hadir di event FamilyH20 yang berlangsung di Kidzania bagi meraikan anak-anak Chow Kit. Selebihnya tu, Budiey tak kurang akan sibuk pada petang dan malam ini. Petangnya, Budiey dijemput untuk menghadiri [highlight]Hi Tea Bersama Nurul Wahab[/highlight], duta produk Glow & Glamour sempena Ulangtahun Yang ke 14 produk itu di Ampcop Mall.

[dropcap]M[/dropcap]alam ini pula, tak perlu Budiey ingatkan pada korang semua ya. Dah pasti tercatit dalam kalendar dan diari korang, Anugerah Industri Muzik ke 19 akan berlangsung jam 8 malam di Stadium Melawati. Malam penentuan penuh berprestij bagi mengiktiraf karya seni muzik dan lagu. Agak-agak korang la, siapa yang akan menang besar pada malam ini?

Seperti biasa, Budiey tak sabar nak tengok artis melaram di karpet merah AIM19. Siapa yang meriah? Siapa yang jadi mangsa fesyen? Siapa yang jadi bahan eksperimental fesyen? Siapa yang gah? Siapa yang bergemerlapan? Atau… mungkin ada perkara yang menarik berlaku malam ini. Siapa tau, kan?

Oh ya, kepada pemenang [highlight]Peraduan Menang Tiket AIM19[/highlight], jangan pulak lupa untuk mengambil tiket korang pada petang ini ya. Tempat duduk korang di seat berwarna ungu atau magenta. Jika korang tak dapat datang, sila kasi tau awal-awal ya.

Carmen Soo
[dropcap]D[/dropcap]i tangan Budiey sekarang ini, dah ada banyak event jemputan yang akan berlangsung minggu depan. Salah satunya ialah jemputan untuk ke [highlight]Pelancaran Produk InnerShine RubyCollagen Essence[/highlight] yang akan berlangsung di sebuah lokasi elit di ibu kota. Kalau cakap pasal InnerShine, pasti kita akan ingat dengan wajah-wajah segar yang terselit dalam iklan mereka. Maya Karin, Diana Danielle, Akim dan ramai lagi.

[pullquote align=”right”]Satu pilihan yang Budiey rasa sangat tepat sebab Carmen Soo memang cantik dan kulitnya sangat gebu, licin dan halus.[/pullquote]

Mungkin korang tertanya-tanya, apa itu produk InnerShine RubyCollagen Essence? Budiey tak nak cerita pasal produk ni kat sini sebab Budiey pun belum cuba minum. Pastinya, manfaatnya pasti untuk keremajaan kulit yang muda, gebu dan halus bak sutera. Wah, gitu!

Namun, kali ini InnerShine memperkenalkan seorang lagi wajah baru jelitawan yang glamor untuk mempromosikan produk RubyCollagen Essence iaitu pelakon Carmen Soo. Satu pilihan yang Budiey rasa sangat tepat sebab Carmen Soo memang cantik dan kulitnya sangat gebu, licin dan halus. Eh! Budiey cakap ni, macam Budiey ni pernah sentuh je. Taklah sampai macam tu, tapi kita tengok sekali pun kita akan tahu mutu kecantikan sebenar selebriti ni.

Carmen Soo
Apa-apa pun Budiey nak ucapkan tahniah buat Carmen Soo. Pernahlah jumpa Carmen Soo beberapa kali di event. Carmen tak kenal Budiey pun. Itu pun Elaine Daily yang perkenalkan masa hang out dalam satu party. Huhu.

Yang untungnya, bila dah lantik Carmen Soo jadi produk ni, dah sah-sah akan menular ke Filipina sebab peminat Carmen Soo kat sana bukan main hebat lagi. Entah-entah, peminat Carmen Soo kat Filipina lebih banyak dan lebih meriah dari peminat di Malaysia. Carmen Soo kan selalu muncul di kaca TV kat sana.

[pullquote]Ada korang dengar gossip Carmen Soo ni? Ada?[/pullquote]

Carmen Soo banyak muncul dalam sinetron dan drama, jadi tak hairanlah bagaimana dia boleh popular kat sana. Tengok pada jumlah follower dia kat Twitter pun kita tahu, Carmen Soo memang famous & glam kat sana. Lagi satu tak banyak gossip pasal Carmen Soo. Nama dia boleh dikatakan sangat clean dan mungkin ada yang tak berani nak gossip atau cuit.

Ada korang dengan gossip Carmen Soo ni? Ada?

Carmen Soo

Sejak semalam, kalau korang perasan, Budiey dah tukar theme atau kulit terbaru Budiey.com. Ya, Sensasi Selebriti telah berwajah baru sempena ulangtahun yang ke-6. Apa pendapat korang dengan wajah baru budiey.com? Okay ke tak?

Budiey ada tanya juga di Twitter dan Fanpage, banyak juga respon dari pembaca. Ada yang kata, template blog Newsroom yang sekarang ini Budiey guna lebih nampak kemas, menarik dan senang untuk dibaca. Tambahan pula, ia mesra dibaca di telefon bimbit dan iPad.

Tak kurang ada yang masih suka dengan template lama yang Budiey guna sejak 5 tahun lepas. Budiey dah ambil keputusan nekad untuk menukar dan ini adalah masa yang sesuai untuk Budiey lakukan perubahan pada penampilan Budiey.com seiring perjalanan masa dan cabaran dalam dunia blog yang semakin bergerak pantas. Kadang-kadang tu, tak terikut dan tak dapat kita kejar pun. Memang pantas dunia blog dan berita kat Malaysia ni.

Sekian dulu celoteh Budiey pada pagi ini. Selamat berhujung minggu dan bercuti semua. Bye…

Published!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Anzalna Nasir di Malam Gala Filem Sepah The Movie

Gambar Dahlia Shazwan di Karpet Merah Anugerah Industri Muzik 19