in , ,

Filem PENUNGGANG AGAMA 2 Bakal Ditayangkan di Astro First Mulai 19 Oktober Ini

Ironinya, filem yang telah ditayangkan pada Mac tahun ini akan kembali dengan sekuelnya pada tahun yang sama. Jangan lupa untuk menonton sekuel untuk filem bergenre seram ngeri berjudul Penunggang Agama!

Jika anda penggemar filem Melayu, pastinya anda sudah menonton filem yang bergenre seram thriller lagi ngeri berjudul PENUNGGANG AGAMA arahan Syafiq Yusof yang mana filem ini telah membuat debut di Astro First pada 25 Mac yang lalu. 

Filem ini telah segera menjadi hit di kalangan penonton dengan kutipan RM 2 juta dalam tempoh dua minggu tayangannya. Wow! Hebat bukan?

Penunggang Agama 2

Mungkin kerana mendapat sambutan serta populariti yang dicapai filem tersebut telah mendorong penghasilan sekuel, PENUNGGANG AGAMA 2, yang akan ditayangkan pada 19 Oktober ini, juga di platform Astro First.

Filem PENUNGGANG AGAMA 2 Bakal Ditayangkan di Astro First Mulai 19 Oktober Ini

Butiran plot dan barisan pelakon untuk ansuran kali ini masih belum diketahui, tetapi berdasarkan semakan akaun media sosial Instagram Zul Ariffin, pelakon itu akan kembali meneruskan peranannya sebagai Amir. 

Sementara itu, Astro First telah melancarkan teaser untuk Penunggang Agama 2, yang memaparkan Ustaz Amir berhadapan dengan satu lagi gangguan makhluk halus. Anda boleh teaser Penunggang Agama 2 di pemain video dibawah:

Diterbitkan Skop Productions dan Astro Shaw, filem pertama mengisahkan pasangan suami isteri yang menghadapi cabaran dalam menyelamatkan keluarga mereka daripada ancaman gangguan makhluk halus. 

PENUNGGANG AGAMA diarahkan oleh Syafiq Yusof berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Nazri M. Annuar. 

Zul Ariffin memainkan peranan utama sebagai Amir dan dia disertai Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Azira Shafinaz dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

iPhone 14 Tahun Hadapan Dijangka Hadir Dengan Storan Hingga 2TB

Facebook, WhatsApp & Instagram Alami Gangguan Hampir Enam Jam