in , ,

Facebook, WhatsApp & Instagram Alami Gangguan Hampir Enam Jam

Nampaknya kesemua platform media sosial milik Facebook kini sedang menghadapi masalah untuk diakses pengguna. Ia melibatkan aplikasi dan laman web Facebook, WhatsApp, Instagram serta platform berkaitan lain seperti Messenger dan Facebook Workplace.

LONDON: Perkhidmatan media sosial Facebook, WhatsApp dan Instagram beransur pulih selepas mengalami gangguan selama hampir enam jam.

Pengguna di Malaysia tidak berapa terkesan kerana ia berlaku pada lewat malam.

Ramai pengguna aplikasi FacebookWhatsApp dan Instagram mengalami masalah ketika menggunakan aplikasi tersebut. Bukan di Malaysia sahaja terjejas, namun seluruh dunia juga mengalami masalah yang sama.

Pengguna mula menyedari perkara ini sekitar 11.40 malam waktu tempatan dimana paparan pada setiap platform tidak dikemaskini. Selain itu, mesej melalui WhatsApp juga tidak boleh dihantar.

Facebook, WhatsApp & Instagram Alami Gangguan Hampir Enam Jam

BBC melaporkan, ketiga-tiga perkhidmatan yang dimiliki Facebook itu tidak dapat diakses melalui web atau pada aplikasi telefon pintar.

Rupanya Ini Sebab Kenapa Gangguan Berlaku

Walau bagaimanapun, semua pelayan kembali dalam talian dan Facebook baru saja mengirim sebuah kenyataan yang menyatakan permintaan maaf mengenai masalah yang berlaku. Jurutera FB mendapati bahawa perubahan konfigurasi yang dilakukan pada router backbone adalah sebab utama gangguan rangkaian. 

Untuk pengetahuan, router backbone digunakan untuk menyelaraskan trafik rangkaian antara pusat data Facebook di seluruh dunia. Oleh itu, terdapat kesan rantaian sistem di seluruh dunia selama lebih kurang 6 jam.

Tambahan, pada ayat terakhir kirimannya mengatakan bahawa terdapat “perubahan konfigurasi yang salah”. Facebook juga memberitahu data pengguna tidak terganggu semasa penyelenggaraan dilakukan.

Downdetector, yang mengesan perkara itu, mencata puluhan ribu laporan gangguan untuk ketiga-tiga paltform berkenaan di seluruh dunia.

Kali terakhir Facebook mengalami gangguan adalah pada 2019.

Ketika itu, Facebook dan aplikasinya yang lain tidak dapat diakses di seluruh dunia selama lebih 14 jam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ZUL ARIFFIN

Filem PENUNGGANG AGAMA 2 Bakal Ditayangkan di Astro First Mulai 19 Oktober Ini

Alyah Nafi Enggan Nyanyi Lagu Cinta, Cuma Tak Mahu Terlalu Meratap & Bersedih Hati