in , ,

Zul Ariffin Bertemu Ebit Lew, Semakin Dekati Agama Buat Netizen Sejuk Hati

Sehari selepas berkongsi luahan hati dengan netizen, aktor kacak Zul Ariffin sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sekeping foto bersama pendakwah sensasi, Ustaz Ebit Lew.

Sebelum ini, pelakon bertubuh sasa Zul Ariffin ada berkongsi kegelisahan yang bersarang di hati sehingga tumpah air mata jantan di Instagram miliknya.

Nampaknya, dia sekali lagi mencuri perhatian apabila ada berjumpa pendakwah kontroversi, Ebit Lew semalam,

Zul dilihat memuat naik sekeping foto bersama Ebit di ruangan Instagram namun tidak pula berkongsi dengan lebih lanjut apakah pengisian perjumpaan mereka.

“Alhamdullilah, semalam sangat hebat.”

– ZUL ARIFFIN

Menjengah ke ruangan komen, peminat tampil meninggalkan komen nada teruja melihat dua figura ini bertemu.

“Alhamdullilah, sejuk mata melihat Zul bersama Ebit..” komen netizen.

Zul Ariffin Bertemu Ebit Lew, Semakin Dekati Agama Buat Netizen Sejuk Hati

Ada juga yang beranggapan Zul kini sudah mula untuk mempelajari ilmu agama apabila dia dilihat banyak mengikuti akaun media sosial yang menjurus ke arah ketuhanan dan dakwah Islam.

Terdahulu, Zul ada membuat siaran langsung Instagram di mana dia mendakwa mengalami masalah kesihatan mental yang tidak stabil kerana tekanan menghadapi pandemik COVID-19.

Ujar pelakon filem Tombiruo ini lagi, dia berusaha untuk tidak berkongsi terlalu banyak masalah peribadi dalam media sosial kerana ia lebih banyak mengundang keburukan daripada kebaikan.

“Saya bukan jenis yang suka menagih perhatian disebabkan hal-hal sebegitu. Kadang-kadang dedah banyak perkara juga ada keburukan dan kebaikan. Saya tak mahu menjadi pembekal cerita-cerita sebegitu kepada umum,” katanya. 

Pelakon bertubuh kekar itu turut menitipkan nasihat buat peminat agar jangan pernah berhenti berdoa memohon pertolongan dan dikuatkan iman oleh Yang Maha Esa.“Jangan cakap kita hanya mampu berdoa. Sebenarnya doa itu salah satu cara yang paling terbaik, kuasa doa sangat hebat,” ujarnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ernie Zakri Nafi Khabar Angin Dakwa Dirinya Sedang Hamil

Ini Senarai Lengkap Barisan Kabinet Baru 2021