in , ,

iPhone 14 Tahun Hadapan Dijangka Hadir Dengan Storan Hingga 2TB

Mungkin pada saat ini sudah ramai yang sudah melakukan pra-tempahan siri iPhone 13 dan nampaknya storan 1TB juga habis licin “disapu”.

Terbaru, terdapat spekulasi mengatakan Apple akan menaik taraf 2 kali ganda storan yang ditawarkan pada iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max yang mana model tahun hadapan mempunyai storan dalaman sehingga 2TB.

Bagaimanapun, ia tidak dinyatakan model yang manakah bakal menerima storan sebesar itu. Akan tetapi mungkin model Pro yang diberikan kelebihan tersebut memandangkan Apple gemar buat perkara sebegitu.

Iphone-14

Tambahan lagi, strategi tersebut mungkin dikaitkan dengan fungsi baharu yang ada dalam siri iPhone 13 Pro, iaitu ProRes. Seperti yang diketahui format itu memang mengambil ruang storan yang amat besar.

Bercakap tentang iPhone 14, laporan sebelum ini ada menyatakan Apple bakal memberi nafas baharu buatnya terutama dari segi rupa bentuk serta tiada takuk.

Sumber: MyDrivers

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khir Rahman 2020 | 23

Rahsia Sutradara Sebuah Pencarian Bakat Pengarah Muda Baharu

Zul Ariffin Forum | 24

Filem PENUNGGANG AGAMA 2 Bakal Ditayangkan di Astro First Mulai 19 Oktober Ini