in ,

PENUNGGANG AGAMA Tonjol Babak Lebih Berani & Gandingan Mantap Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan

‘Syafiq Yusof Pertaruhkan Buat Pertama Kali Genre Seram Thriller Dengan Elemen Islamik Yang Akan Buat Penonton Terpaku

Dua penerbit gergasi tanah air, Astro Shaw dan Skop Productions yang yang sering mencetus fenomena tersendiri menerusi pelbagai kejayaan dalam industri filem tempatan, kini kembali bergabung menerbitkan filem terbaru, Penunggang Agama. Tambah menarik, karya tersebut diarahkan oleh pengarah filem pecah panggung Abang Long Fadil 2, Syafiq Yusof. Ini adalah kali pertama beliau mengarahkan filem genre seram thriller dengan elemen islamik; sekali gus memperkukuhkan lagi portfolionya sebagai pengarah kreatif.

Selepas kejayaan filem Munafik, tidak banyak filem seram thriller islamik dihasilkan. Kehadiran Penunggang Agama bakal memperkuatkan lagi genre tersebut sebagai salah satu genre utama pilihan penggemar filem. Manakala, melihat isu ‘penunggang agama’ yang sering menjadi bualan hangat masyarakat dan masih berleluasa di luar sana sehingga kini, isu tersebut telah diangkat sebagai konflik utama buat filem yang menemui penonton di Malaysias Largest Home Cinema, Astro First bermula 25 Mac ini.

PENUNGGANG AGAMA

Mengenai watak pula, watak utama Amir mempunyai keunikkan tersendiri; seorang graduasi Al-Azhar dengan pemikiran berbeza dan mudah dimanipulasi. Secara tidak langsung watak itu memperlihatkan sisi berbeza pelakon popular, Zul Ariffin. Turut memberi lakonan mantap adalah Nasir Bilal Khan yang membawa watak hitam, Tok Haji.

Bagi menjayakan watak tersebut, penata rias telah mengambil masa dua jam untuk melakar tatu di seluruh badan beliau. Lebih dramatik, adegan oleh Tok Haji yang bermandikan darah juga turut dirasakan mampu menarik perhatian penonton. Hantu atau susuk makhluk juga berbeza daripada kebiasaan filem-filem seram thriller tempatan dan ia lebih menyeramkan. Terdapat banyak lagi adegan dan kejutan demi kejutan yang akan membuat penonton terpaku menerusi plot sepanjang 90 minit.

Pelakon lain yang turut memberi lakonan hebat dan meninggalkan kesan adalah Azira Shafinaz, adik Puteri Nurqaseh, Salina Saibi, Johan As’ari, Sabrina Ali dan Datuk Jalaludin Hassan. Apatah lagi karakter mereka diperkukuhkan dengan skrip dialog yang kuat dan mampu memberi impak kepada penonton; antaranya ‘Sesungguhnya akulah musuh kau yang jelas, matilah kau dalam kekufuran’, ‘Telah aku porak-perandakan keluarga anak Adam, telah aku perdayakan mereka dengan dusta dan fitnah’, ‘Aku percaya benda ghaib ini ada di luar sana, tapi sekarang ini dekat luar sana ramai yang penipu dan gunakan agama, gunakan nama islam untuk ubat orang’.

PENUNGGANG AGAMA

Menurut Pengarah Filem Penunggang Agama, Syafiq Yusof, “Minat yang mendalam dalam berkarya mendorong saya untuk sentiasa berusaha tampilkan kelainan pada setiap filem yang dihasilkan. Kali ini, saya memilih genre sebegini dengan elemen islamik kerana cabarannya berbeza; di mana banyak rujukkan yang perlu saya buat, terutamanya pada penghasilan skrip dan adegan.

Selain itu, konflik penunggang agama itu sendiri sememangnya dekat dengan masyarakat dan saya cuba menyampaikan mesej-mesej yang diharap boleh dijadikan sebagai pengajaran buat kita semua. Di samping itu, pemilihan Zul Ariffin dan Nasir Bilal Khan selaku teraju utama adalah kerana mereka menepati karakter dan kelainan daripada kebiasaan yang pernah kita lihat sebelum ini.

Seperti umum ketahui Nasir Bilal Khan pernah membawa watak antagonis, jadi dengan kemampuan beliau, kami yakin watak Tok Haji yang lebih berat dapat dijelmakan dengan baik. Saya harap Penunggang Agama bukan sahaja dapat diterima oleh penonton, tetapi mengulangi kejayaan filem-filem yang pernah saya hasilkan sebelum ini.”

Sementara itu Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Selepas dua tahun tidak muncul dengan filem, Syafiq kembali dengan naskhah terbaru untuk peminat dan penonton tanah air. Tambah menarik, ini adalah kali pertama Syafiq menghasilkan filem untuk ditayangkan di platform Astro First. Dengan mengangkat isu terkini, Penunggang Agama bukan sahaja mampu menghiburkan penonton dengan elemen seram, malah turut mengajak penonton untuk ingat seketika dan melihat kesan baik buruk daripada sesuatu tindakan. Kami yakin gabungan sentuhan kreatif pengarah Syafiq dengan lakonan mantap oleh barisan pelakon, hasil produksi berkualiti tinggi, jalan cerita serta kerjasama oleh dua penerbit Astro Shaw dan Skop Productions, pasti akan memberi kepuasan kepada penonton. Kami berharap kehadiran filem ini akan menarik perhatian penggemar filem untuk terus meletakkan kepercayaan pada mutu filem-filem tempatan.

PENUNGGANG AGAMA

Penunggang Agama mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami dan isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’. Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji. Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.

Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan. Dapatkah Amir menyelamatkan keluarganya dari ujian ini? Siapakah dalang di sebalik kekacauan ini? Segalanya bakal terjawab dalam filem ‘PENUNGGANG AGAMA’.

Jangan lupa untuk saksikan filem seram thriller, Penunggang Agama yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 25 Mac ini. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

PENUNGGANG AGAMA

SINOPSIS FILEM PENUNGGANG AGAMA

Penunggang Agama mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami dan isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’. Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji. Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri. Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan. Dapatkah Amir menyelamatkan keluarganya dari ujian ini? Siapakah dalang di sebalik kekacauan ini? Segalanya bakal terjawab dalam filem ‘PENUNGGANG AGAMA’.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Risteena & Isa Khan Akhirnya Selamat Bernikah di Majlis Ringkas Patuh SOP

Tangani Isu Hubungan Keruh dengan Ibu Kandung dengan Berhemah, Hannah Delisha Dipuji Netizen