in

Filem-filem Menarik Sepanjang Julai 2011 di 8TV

POPCORN HOUR
Filem-filem menarik sepanjang Julai di 8TV

PETALING JAYA, 4 Julai 2011 – Julai ini 8TV akan menhidangkan filem-filem menarik khas untuk tontonan anda! Filem-filem Hollywood yang sarat dengan drama, kisah cinta romantik, komedi dan aksi yang bakal menemani anda dalam slot popular ‘Popcorn Hour’. Semoga anda sekeluarga terhibur dengan variasi filem-filem yang disiarkan.

THE WEDDING DANCE
TARIKH SIARAN: 7 JULAI 2011
MASA: 10.00 MALAM

Muzik, tarian, cinta dan airmata segalanya dapat anda tonton dalam filem THE WEDDING DANCE ini. Selepas beberapa bulan kehilangan ibu tercinta, Cyd Merriman mendapat tahu bahawa keluarga beliau mempunyai sebuah studio tari yang dikongsi bersama Tanner Gray. Tanpa disangka, Tanner sebenarnya merupakan bapa kandung Cyd dan kedua-dua mereka saling tidak mengetahui tentang kewujudan masing-masing. Apabila mengetahui keadaan sebenar, Tanner dan Cyd masing-masing sukar mencapai kata sepakat tentang hala tuju studio tari itu. Cyd mengambil keputusan untuk menjual studio tari tersebut manakala Tanner kurang bersetuju dengan tindakan Cyd. Adakah Cyd akan meneruskan rancangan untuk menjual studio tari yang banyak menyimpan kenangan dalam hidup beliau? Saksikan kesudahan cerita ini dalam THE WEEDING DANCE yang akan menemui anda 7 Julai 2011 jam 10.00 malam di 8TV.

Dibintangi oleh: Brooke Nevin, John Schneider

CharlieAndMe_0011.jpg

DANIEL’S DAUGHTER
TARIKH SIARAN: 14 JULAI 2011
MASA: 10.00 MALAM

Cate Madighan seorang gadis yang cantik, bijak, berbakat dan merupakan Editor di sebuah majalah akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan media yang terkenal.. Kehidupan Cate yang teratur rapi menjadi huru-hara apabila beliau menerima bungkusan dari bapanya yang telah meninggal dunia. Di dalam bungkusan itu terdapat abu mayat bapanya dan bapa Cate telah mengamanahkan Cate untuk membuang abu itu di bandar tempat Cate dilahirkan. Perjalanan Cate ke bandar kelahiran beliau telah membuka mata Cate. Cate juga bertemy dengan seorang peguam kacak selama berada di bandar itu. Pelbagai persoalan bermain di minda Cate. Adakah Cate benar-benar gembira dengan kehidupan yang beliau? Saksikan filem menarik ini dalam DANIEL’S DAUGHTHER pada 14 Julai 2011 jam 10.30 malam hanya di 8TV.

Dibintangi oleh : Laura Leighton, Sebastian Spence

JUST BREATHE
TARIKH SIARAN: 21 JULAI 2011
TX TIME: 10.00 PM

Sydney Foster merupakan remaja yang sentiasa memberontak akibat terlalu dimanjakan oleh ibu beliau. Akibat terlalu penat dan letih dengan perangai Sydney, ibunya telah menghantar beliau untuk tinggal bersama dengan bapa beliau Ben yang tinggal di sebuah pekan kecil di Minnesota. Ben bersetuju untuk menjaga Sydney bagi menebus kesalahan beliau yang lepas. Setelah berpisah dengan ibu Sydney, Ben telah berkahwin dengan Emma dan dikurniakan dengan seorang bayi yang cukup comel. Walaupun telah berpindah ke tempat yang jauhd ari bandar, sikap Sydney masih tidak berubah. Emma yang memahami perasaan Sydney cuba membantu beliau untuk berubah. Mampukah Emma mengubah sikap dan perangai Sydney? Adakah Sydney akan cuba berubah?
Dibintangi oleh: Britney Wilson

CHARLIE AND ME
TARIKH SIARAN: 28 JULAI 2011
MASA: 10.00 MALAM

Kisah ini berkisarkan tentang perhubungan seorang datuk bersama cucu kesayangannya. Casey Baker gadis berumur 12 tahun berkawan rapat dengan datuk beliau bernama Charlie. Charlie telah menjaga Casey sejak Casey berumur 4 tahun setelah kematian ibu. Bapa Casey, Jeffrey pula sering mengasingkan diri dan gemar bersendiri. Suatu hari, Charlie diserang sakit jantung ketika Jeffrey ke luar daerah atas urusan kerja. Casey terpaksa menguruskan segalanya di hospital seorang diri, Saksikan apakah yang bakal terjadi di antara Casey dan Charlie dan bagaimana ikatan sesebuah keluarga bertukar dalam satu malam.
Dibintangi oleh: Tom Bosley

“Julai ini 8TV akan memaparkan filem-filem yang menyentuh aspek kasih-sayang khas untuk tontontan anda sekeluarga. Pastikan anda berada di rumah setiap Khamis, 10.30 malam untuk menonton filem-filem menarik yang memenuhi slot Popcorn Hour ini. Semoga anda semua terhibur!” ujar Ms Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Bermula 7 Julai 2011 ini, anda dapat menyaksikan filem-filem menarik menerusi slo Popcorn Hour yang disiarkan setiap Khamis jam 10.00 malam hanya di 8TV. Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro 708 atau layari laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Kini anda juga boleh menonton program-program 8TV kegemaran anda menerusi telefon bimbit anda dengan mendaftar masuk ke m.tonton.com.my.

DanielsDaughter_0004.jpg

The Weddding Dance

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Majlis Pra-Tonton Program Ramadan Astro

Participate In Celcom’s Sounds Of The Rainforest Challenge